CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 98|Reply: 0

[Sarawak] ​​​​​​​JKR beri khidmat forensik kepada MBKS susulan insiden runtuhan struktur bangunan

[Copy link]
Post time 7-4-2025 04:44 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan runtuhan struktur sebuah bangunan di Jalan Padungan, Kuching, hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan memberi khidmat forensik kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) susulan insiden runtuhan struktur sebuah bangunan di Jalan Padungan, di sini.

Menerusi satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata sebagai agensi teknikal utama Kerajaan Sarawak, JKR Sarawak komited untuk memainkan peranan membantu mengenal pasti punca kejadian tersebut.

Sehubungan itu katanya, satu pasukan teknikal khas yang merangkumi jurutera forensik, pakar struktur serta pegawai penyiasat teknikal JKR Sarawak akan digerakkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan penilaian terhadap struktur yang terlibat.

Siasatan ini meliputi analisis tapak, penilaian kejuruteraan struktur serta pengumpulan bukti fizikal yang dapat menyumbang kepada penentuan punca sebenar kegagalan struktur.

Keutamaan JKR adalah keselamatan awam dan segala penemuan hasil siasatan akan disalurkan kepada MBKS untuk tindakan lanjut termasuk cadangan pemulihan jika diperlukan.

Sebagai tambahan, JKR Sarawak sentiasa bersedia menawarkan bantuan teknikal dan khidmat nasihat profesional kepada mana-mana agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta badan-badan berkepentingan yang memerlukan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, penyelenggaraan infrastruktur dan siasatan teknikal.

JKR Sarawak menganggap perkara ini sebagai satu amanah profesional yang perlu ditangani dengan penuh ketelitian dan integriti demi kesejahteraan rakyat serta keselamatan persekitaran binaan di negeri ini selaras dengan slogan ‘We Build For You’.

Menurut Pengarah Kerja Raya Sarawak Dr Cassidy Morris, JKR Sarawak akan terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh aspek keselamatan struktur dan daya tahan infrastruktur awam di seluruh negeri.

"Saya ingin memberi jaminan bahawa siasatan ini akan dijalankan dengan penuh profesionalisme, telus dan berlandaskan fakta teknikal yang sahih.

"Kita perlu sentiasa memastikan bahawa setiap infrastruktur yang dibangunkan adalah selamat untuk rakyat dan mampan untuk masa depan,” ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.115072 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list