CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 99|Reply: 0

[Sarawak] Pusat Khidmat Sibu dan SMA Sibu anjur saringan kesihatan 11-12 April

[Copy link]
Post time 7-4-2025 04:00 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan BERNAMA

SIBU: Pusat Khidmat P.212 Sibu dengan kerjasama Persatuan Bidan Sarawak (SMA) Cawangan Sibu akan menganjurkan saringan kesihatan pada 11 dan 12 April ini, dari jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan kesihatan percuma itu akan dibuat di hadapan pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Pusat Komersial Taman Rejang.

"Pemeriksaan kesihatan percuma ini terbuka kepada penduduk Sibu yang berumur 18 tahun dan ke atas," ujarnya.

Saringan kesihatan ini melibatkan pemeriksaan kandungan gula dalam darah, tekanan darah dan kolesterol.

Di samping itu katanya, ceramah mengenai pencegahan dan rawatan kanser payudara juga akan diberikan, bermula jam 8 pagi.

"Persatuan Bulan Sabit Merah juga akan memberikan tunjuk ajar membabitkan prosedur kecemasan seperti resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan sebagainya," jelas Ling.

Untuk maklumat lanjut mengenai pemeriksaan kesihatan ini, boleh menghubungi Pusat Khidmat P.212 Sibu di talian 084-322001.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.089188 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list