CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 91|Reply: 0

[Sabah] Dua cedera dalam kemalangan babitkan tiga kenderaan

[Copy link]
Post time 7-4-2025 11:46 AM | Show all posts |Read mode




REMUK: Keadaan kereta mangsa remuk di bahagian depan selepas kemalangan itu.

SEMPORNA: Dua cedera selepas kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Kubang Pinang, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.17 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan termasuk sebuah pacuan empat roda.

“Terdapat seorang lelaki berusia 24 tahun dan wanita berusia 22 tahun yang bersama-sama menaiki sebuah kereta mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Semporna menggunakan jentera EMRS dan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pemandu serta penumpang pacuan empat roda dan sebuah kereta jenis pelbagai guna (MPV) tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kemalangan selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.11 petang,” katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/04/06/dua-cedera-dalam-kemalangan-babitkan-tiga-kenderaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2025 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.036682 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list