CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89|Reply: 0

[Sabah] Kerjasama BN dan PH bukan bersifat eksklusif

[Copy link]
Post time 7-4-2025 11:44 AM | Show all posts |Read mode


SALLEH

KOTA KINABALU: Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak bersifat eksklusif.

Bendahari UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak berkata, sebaliknya BN terbuka untuk bekerjasama dengan parti-parti tempatan yang mempunyai aspirasi yang sama.

"Apa yang paling penting ialah keikhlasan dan kesediaan untuk bekerjasama.

"BN dan PH mesti sepakat dalam memilih rakan gabungan terbaik untuk Sabah," katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.

Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, BN dan PH perlu bersatu bagi menghadapi PRN yang akan datang.

Salleh berkata, ia kerana BN dan PH merupakan tunjang utama Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

"Maka, di Sabah juga, kita tidak seharusnya berpisah. Kita bersatu demi perpaduan, kestabilan dan pembangunan.

"Fokus kita ialah kepada negeri dan rakyat, bukan kepada politiking yang tiada kesudahan. Kita menolak politik ekstrem yang memecah-belahkan rakyat," katanya.
Salleh yang juga ADUN Usukan berkata, sebarang pakatan perlu mengambil kira pelbagai faktor.

Katanya, ini termasuk pengagihan kerusi yang adil dan saksama, dasar bersama.

Salleh berkata, pakatan juga perlu menghormati autonomi Sabah dan akomodasi politik berasaskan saling menghormati, bukan dominasi atau sikap 'abang besar'.

"Setelah prinsip-prinsip ini dipersetujui, semua pihak mesti bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan.

"Ini bukan perjuangan peribadi tetapi komitmen bersama demi masa depan Sabah," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.044674 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list