CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 94|Reply: 0

[Sabah] ESSCOM kekal relevan lindungi Pantai Timur Sabah

[Copy link]
Post time 7-4-2025 11:42 AM | Show all posts |Read mode


MOHD ZAKI

TAWAU: Selepas 12 tahun ditubuhkan, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) terus kekal menjadi benteng utama terhadap keselamatan di pantai timur Sabah sehingga hari ini.

Penasihat Pertubuhan Pecegahan Jenayah Sabah (PPDJS), Mohd Zaki Harry Susanto berkata, ESSCOM membuktikan bahawa kewujudannya kekal relevan dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan.

Katanya, ia memainkan peranan penting menyelaras operasi keselamatan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

“ESSCOM telah merekodkan kejayaan termasuk mengurangkan kes penculikan untuk tebusan dengan ketara, aktiviti penyeludupan dan kemasukan pendatang tanpa izin (PTI).

“Malah, statistik menunjukkan sebanyak 59 percubaan penculikan berjaya digagalkan, selain lebih 16,000 PTI ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan sejak 2013.

“Dalam tempoh yang sama, lebih 500 bot nelayan asing turut dihalau atau ditahan kerana menceroboh perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan sempena ulang tahun ESSCOM yang ke-12, hari ini.

Mohd Zaki berkata, , kejayaan itu turut dipacu oleh penggunaan aset berteknologi tinggi termasuk radar dan dron pemantauan, selain kerjasama rapat dengan negara jiran seperti Filipina dan Indonesia melalui rondaan trilateral.

Katanya, ESSCOM berjaya memulihkan keyakinan komuniti tempatan dan pelabur terhadap tahap keselamatan di kawasan ESSZONE yang sebelum ini dianggap ‘panas’.

“Meskipun banyak pencapaian diraih, ESSCOM perlu terus diperkasa dengan penambahan aset, latihan taktikal lebih intensif serta penglibatan komuniti sebagai mata dan telinga kepada agensi keselamatan.

“Ancaman keselamatan semakin kompleks. ESSCOM perlu sentiasa bersedia hadapi sebarang kemungkinan termasuk jenayah siber, penyeludupan senjata dan pemerdagangan manusia,” katanya.

Setakat ini, katanya, ESSCOM terus komited menjalankan tugas sebagai perisai utama negara di pantai timur Sabah, memastikan perairan dan daratan negeri ini kekal aman dan selamat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.042361 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list