CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

[Kedah] Misi SAR Fayyad undang sebak, pilu

[Copy link]
Post time 31-3-2025 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Misi SAR Fayyad undang sebak, pilu

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 31, 2025 @ 7:17pm bhnews@bh.com.my





Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai Muhammad Fayyad Affan ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang di Sungai Kupang. - Foto IHSAN BOMBA




BALING: Ia menjadi pengalaman 1 Syawal memilukan yang mendatangkan kesan mendalam pada semua.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, mengakui sebak dan sedih apabila mengendalikan operasi membabitkan pencarian seorang kanak-kanak.

Pengalaman sedih itu dikongsi ketika melakukan pencarian kanak-kanak autistik, Muhammad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Hari ini, mayat kanak-kanak ditemukan di Sungai Kupang, dipercayai jasad Muhammad Fayyad Affan, berdasarkan keadaan fizikalnya.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Zulkhairi bersama anggotanya melupakan sementara kemeriahan menyambut hari raya kerana memberi fokus terhadap misi mengesan jasad kanak-kanak itu.

Terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak autistik itu bersama anggota dan polis sejak Jumaat lalu, mereka mengharapkan mangsa ditemui segera sejak operasi bermula.

"Walaupun operasi SAR ditamatkan semalam, kami meneruskan pemantauan dan pencarian mangsa hari ini di kawasan Sungai Kupang ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zulkhairi turut bertemu datuk mangsa, Aziz Saad, 60, yang meluahkan kesedihan susulan kehilangan cucunya itu.

"Saya sendiri jadi sedih hinggakan memeluk beliau dengan ikhlas. Kami sudah berusaha mencari Fayyad selama ini," katanya.

Muhammad Fayyad Affan dilaporkan hilang ketika keluar dari rumahnya di Kuarters JPS, Kampung Landak Paya, Kupang, Jumaat lalu.

Kejadian itu disedari keluarganya selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mereka yang menunjukkan kanak-kanak itu berjalan sendirian pada jam 12.50 tengah hari.

Selepas operasi ditamatkan semalam, pasukan Bomba dan polis melakukan pemantauan di lokasi sungai berkenaan hari ini sebelum dimaklumkan jasad kanak-kanak itu ditemukan kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa, hari ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1379096/misi-sar-fayyad-undang-sebak-pilu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.048954 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list