CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

[Kedah] Ketupat palas laris hingga luar negara

[Copy link]
Post time 30-3-2025 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 30-3-2025 11:46 AM

Ketupat palas laris hingga luar negara

ROSLINDA HASHIM
30 Mac 2025 07:50am




Muhamad Izham menunjukkan stok ketupat palas sejuk beku bagi memenuhi permintaan ketika Aidilfitri.



ALOR SETAR - Setiap kali menjelang Aidilfitri, jualan ketupat palas sejuk beku meningkat berkali ganda susulan permintaan tinggi daripada warga kota, khususnya dalam kalangan anak perantauan yang ingin menikmati juadah tradisional itu dengan mudah dan pantas.

Pengusahanya, Muhamad Izham Che Halim, 41, berkata, permintaan terhadap ketupat palas sejuk beku mahupun ketupat palas sedia dimakan amat tinggi bermula bulan Ramadan hingga sebulan selepas hari raya.


Menurutnya, kebanyakan warga kota khususnya anak perantauan yang tidak dapat pulang beraya akan menempah ketupat palas sejuk beku dalam kuantiti yang banyak kerana makanan tersebut mampu bertahan lama.


Muhammad Izham menghasilkan ketupat palas bersama ahli keluarganya setiap kali menjelang musim perayaan.



“Permintaan ketupat palas sejuk beku bukan sahaja menjadi pilihan warga kota, malah warga setempat juga kini lebih gemar membelinya kerana mampu bertahan hingga enam bulan jika disimpan dalam peti sejuk beku,” katanya kepada Sinar Ahad.



Muhamad Izham yang berpengalaman menghasilkan pelbagai jenis ketupat palas sejak tahun 2000 berkata, selain mendapat permintaan dari luar Kedah khususnya Kuala Lumpur, produk tersebut yang dijenamakan sebagai ‘Ketupat Palas Kubang Sepat’ itu turut menembusi pasaran luar negara.

“Ada penduduk tempatan yang bawa ketupat palas keluaran saya ke luar negara antaranya Makkah dan Madinah selain Jepun serta India.[size=1.25]

“Untuk tempahan luar negara dikendalikan kakak saya dan penghantaran setakat ini dilakukan sebanyak dua kali ke United Kingdom,” ujarnya.


Muhamad Izham berkata, pada tahun ini harga ketupat palas sejuk beku dinaikkan sebanyak RM2 setiap sekilogram (kg) berikutan peningkatan kos bahan mentah dan operasi.



]
Ketupat sejuk beku jadi pilihan ramai.



“Kenaikan harga ini tidak dapat dielakkan kerana kos beras pulut, daun palas dan santan meningkat. Kenaikan harga santan paling ketara iaitu RM12 pada tahun lepas, meningkat kepada RM16 hingga RM18 tahun ini.

“Kami berusaha mengekalkan harga serendah mungkin, namun peningkatan kos menyebabkan pelarasan harga dibuat bagi memastikan kualiti dan operasi perniagaan dapat diteruskan,” jelasnya.

Menurutnya, ketupat palas biasa dijual pada harga RM22 pada tahun lepas dan meningkat kepada RM24 tahun ini.

“Pelbagai variasi ketupat palas dijual, antaranya ketupat palas kacang, ketupat palas jagung dan ketupat palas pulut hitam pada harga RM25.

“Saya bersyukur kerana permintaan laris seperti biasa walaupun berlaku kenaikan harga namun ia antara yang terendah di kawasan sekitar,” katanya.

Jualan cecah 1,200kg

Muhamad Izham memaklumkan, jualan pada hari raya kebiasaannya mencecah 1,200kg, berbanding jualan harian sepanjang musim sekitar 10kg.

“Sentiasa ada peningkatan setiap tahun sebab ramai juga yang mengambil bekalan daripada saya secara borong untuk dijual di kawasan mereka.

“Stok bekalan sentiasa tersedia termasuk pada hari raya kedua,” katanya yang mengusahakan perniagaan tradisi keluarga di Kampung Kubang Sepat, Sungai Korok, Jitra.

Menurutnya lagi, bermula dengan memiliki sebuah peti sejuk beku jumlahnya kini bertambah kepada empat disebabkan permintaan yang tinggi.

“Itu pun masih tak cukup untuk tampung tempahan, jadi saya terpaksa sewa cool room untuk simpan stok.

“Masa mula-mula berniaga saya hanya fokus jual ketupat palas siap direbus dan penghasilannya agak terhad,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/720407/edisi/ketupat-palas-laris-hingga-luar-negara


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.039187 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list