CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 1

[Kedah] Hotel kucing penuh

[Copy link]
Post time 29-3-2025 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Hotel kucing penuh

Zuliaty Zulkiffliam@hmetro.com.my




Alor Setar: Selain hotel atau rumah tumpangan, hotel kucing juga antara lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai sempena cuti perayaan Aidilfitri.

Tinjauan di beberapa hotel kucing di sekitar bandar raya ini mendapati, kebanyakan bilik hotel untuk 'si bulus' itu sudah penuh ditempah pelanggan untuk menghantar kucing mereka sebelum pulang ke kampung.

Pemilik hotel kucing, Shazana Mahazir, 39, berkata, kebanyakan pelanggan membuat tempahan di hotel itu sejak sebulan lalu untuk menyewakan bilik buat kucing kesayangan mereka.

Katanya, mereka mula menghantar kucing peliharaan sejak semalam sebelum pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri.

"Ada yang hantar tiga, empat dan lima ekor kucing di hotel kami yang dibawa bersama makanan sendiri dari rumah.

"Tempahan sudah ditutup sepenuhnya sejak minggu lalu dan kami akan membuka tempahan semula pada 3 April ini disebabkan ada kucing yang akan keluar (check out) ketika itu.

"Pada pagi Aidilfitri, orang lain bagi duit raya, kami pula akan beri 'wet food' secara percuma khas untuk semua kucing yang menginap di hotel ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Shazana berkata, hotel kucing ini mempunyai 63 bilik bergantung pada jumlah kucing yang dihantar oleh pemiliknya dan kesemuanya dilengkapi pendingin hawa.

Katanya, bilik VIP disediakan untuk kucing yang lebih luas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk permainan untuk mereka manakala bilik deluxe pula kecil sedikit dan turut dilengkapi kemudahan mainan.

"Bilik biasa pula boleh muat untuk sehingga empat ekor kucing bergantung pada saiz kucing berkenaan.

"Setakat ini, kita mempunyai tempahan sebanyak 150 ekor kucing yang akan dihantar secara berperingkat mengikut tarikh tempahan," katanya.

Sementara itu, pelanggan, Aifyrisya Zaini Mohamed Affendi, 19, dan abangnya, Aniq Faruqi , 26, dari Jalan Datuk Kumbar, selesa memilih hotel kucing untuk menempatkan dua kucing peliharaan mereka iaitu Bella dan Buyat.

Katanya, meskipun sedih kerana terpaksa berpisah lima hari namun mereka lebih rasa selamat apabila kucing kesayangan mereka menginap di hotel itu buat sementara waktu.

"Sudah tentu, makan minum mereka dijaga malah turut dimandikan malah bulu mereka disikat setiap hari," katanya.

Seorang lagi pelanggan, Sajiah Yaakub, 53, berkata, dia menghantar lima ekor kucing peliharaannya di hotel kucing itu sebelum pulang ke Pontian, Johor untuk berhari raya.

Katanya, kucing yang diberi nama Oyen, Wakanda, May, Leona dan Sam itu sudah biasa menginap di hotel itu ketika banjir yang melanda kawasan Anak Bukit, tahun lalu.

"Saya anggap mereka macam anak-anak saya hinggakan saya bahasakan diri saya mama.

"Sebelum ini, sebelum saya nak tinggalkan kucing saya, saya akan buat pencarian di Google terlebih dahulu untuk memastikan tempat itu selamat atau tidak supaya hati saya tenang ketika pulang ke kampung nanti.

"Alhamdulillah, di sini memang selamat dan selesa," katanya.



Disiarkan pada: Mac 29, 2025 @ 8:37am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/03/1202226/hotel-kucing-penuh




Pemilik Hotel Kucing Mak Bee, Shazana Mahazir (kiri) bersama pekerjanya menunjukkan kucing yang dihantar pelanggan mereka sejak semalam. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2025 03:25 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.042312 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list