CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

[Perlis] Isu kuil: Penceramah bebas direman dua hari bantu siasatan kes hasutan

[Copy link]
Post time 29-3-2025 03:41 AM | Show all posts |Read mode
Isu kuil: Penceramah bebas direman dua hari bantu siasatan kes hasutan

28 Mac 2025 01:35pm




Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan. Gambar hiasan



KANGAR - Seorang penceramah bebas direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam menerusi hantaran Facebook.

Peguam yang mengetuai barisan sembilan lagi peguam yang mewakili lelaki berusia 41 tahun itu, Zuhair Ahmad Zakuan berkata, perintah reman itu dibenarkan Majistret Mahkamah Kangar Ana Rozana Mohd Nor.


"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan,” kata Zuhair ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kangar hari ini.

Semalam, media melaporkan polis menahan lelaki itu Taman Melati Indah, Beseri, Kangar, Perlis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk direman di Mahkamah Kangar hari ini.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini mengesahkan penahanan lelaki tersebut dibuat susulan laporan polis yang diterima di IPD Dang Wangi berkaitan hantaran di media sosialnya mengenai penempatan semula tapak baharu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman.

Menurut Razarudin, pengadu mendakwa komen yang dibuat menerusi media sosial itu mengandungi unsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu.


Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengumumkan tapak baharu kuil tersebut yang berkeluasan 4,000 kaki persegi terletak kira-kira 50 meter dari lokasi asalnya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara ketika dihubungi Bernama mengesahkan tahanan reman selama dua hari terhadap penceramah bebas berkenaan bagi membantu siasatan kes tersebut. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/720115/berita/semasa/isu-kuil-penceramah-bebas-direman-dua-hari-bantu-siasatan-kes-hasutan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.036921 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list