CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 151|Reply: 0

[Sabah] Pembangunan bakat muda di Karamunting akan terus jadi keutamaan

[Copy link]
Post time 28-3-2025 09:18 AM | Show all posts |Read mode


ALBUM: George (kanan) bersama Mukhriz semasa pertemuan itu.

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew akan terus menyokong pembangunan bakat muda di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, ramai lagi golongan muda di kawasan itu mampu mengharumkan nama Sabah dan Malaysia di peringkat dunia.

"Syabas dan tahniah kepada atlet kita dari Karamunting kerana mengharumkan nama Sabah dan Malaysia di pentas antarabangsa.

"Mukhriz Ameer, anak muda dari Kampung Bokara, telah mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi pingat emas acara 100 meter dalam World Para Athletics Grand Prix yang berlangsung baru-baru ini di New Delhi, India," katanya.

Beliau berkata, semangat, ketekunan dan keberanian Mukhriz dalam mengejar impian benar-benar memberi inspirasi.

Baru-baru ini, George berpeluang bertemu dengan Mukhriz dan ibunya untuk berkongsi detik kegembiraan itu.

"Saya sangat terharu apabila beliau menyatakan bahawa sokongan kecil daripada kami telah membuka peluang buatnya mewakili negara.

"Mukhriz membesar dalam suasana yang serba sederhana, namun tidak pernah menjadikan itu halangan untuk terus melangkah jauh dalam dunia sukan.

"Teruskan mengejar impian agar seluruh warga Sandakan berbangga dengan pencapaian anda," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.052957 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list