CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 135|Reply: 0

[Sabah] Buras Ramadan: UMNO Kalabakan wujudkan perpaduan, kekalkan warisan

[Copy link]
Post time 28-3-2025 09:16 AM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Samasuddin bergambar bersama jentera UMNO Kalabakan yang turut serta dalam program ini.

TAWAU: Program kebajikan edaran makanan sempena Ramadan oleh UMNO Bahagian Kalabakan tahun ini tampil dengan kelainan, apabila memilih juadah tradisi tempatan Buras dan Sambal Ikan Bilis sebagai medium menyebarkan kasih sayang dan semangat perpaduan.

Dianjurkan dengan tema ‘Buras Ramadan: Rezeki Dikasi, Sama-sama Rasa’, inisiatif ini bukan sekadar satu bentuk agihan makanan kepada masyarakat, tetapi juga usaha mengekalkan warisan budaya serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakyat pelbagai latar belakang.

Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop berkata, pemilihan Buras sebagai juadah utama bukan dibuat secara kebetulan, tetapi berdasarkan kepentingannya dalam kehidupan masyarakat setempat.

“Buras bukan sekadar makanan, tetapi simbol kekitaan. Di Tawau, masyarakat Bugis, Bajau, Kadazan, Cina, dan pelbagai etnik lain sudah biasa menikmatinya.

“Justeru, apabila kita mengagihkannya, kita bukan sahaja berkongsi rezeki tetapi juga mengangkat nilai budaya yang menyatukan,” katanya.


PERPADUAN: Samasuddin ketika turun padang mengagihkan Buras Ramadan di kawasan Tanjung Batu.

Menurutnya, salah satu elemen paling unik dalam program ini ialah cara penyediaannya kerana program ini mengekalkan tradisi merewang dan budaya gotong-royong memasak dalam komuniti.

Katanya, penyediaan Buras memakan masa tiga hari, melibatkan kerja-kerja membersihkan dan melayur daun pisang, membungkus nasi dengan rapi, memasak secara perlahan selama berjam-jam.

“Apa yang kita lihat bukan sekadar memasak. Ia satu proses yang menyatukan orang ramai. Ada yang membalut Buras, ada yang menjaga api dapur, ada yang mengacau sambal, dan semuanya dilakukan dalam suasana muhibah.

“Kita rindu suasana begini, saling bergelak ketawa, berkongsi cerita, dan bekerjasama tanpa mengira latar belakang,” katanya.


AGIHAN: Aslan menyantuni pengguna jalan raya dengan agihan Buras Ramadan di kawasan Jalan bulatan Hilltop.

Samasuddin berkata, budaya merewang yang semakin pudar di bandar-bandar besar, dihidupkan kembali dalam program ini.

“Ia menjadi ruang di mana ahli UMNO Bahagian, Skuad Sayang Wanita, Pemuda, Puteri, serta para sukarelawan dapat mengukuhkan hubungan mereka sambil melakukan kerja kebajikan,” katanya.

Katanya, edaran 1,000 bungkus Buras ini dilakukan di tiga lokasi tumpuan utama iaitu sekitar Jalan Kg Tanjung Batu, Hilltop, Ambar Park dan Muhibbah Raya.

“Penerima termasuk pengguna jalan raya, peniaga kecil, golongan berpendapatan rendah, serta warga emas.

“Kita melihat program ini bukan hanya mengenai memberi makanan, tetapi juga memberi rasa dihargai kepada masyarakat,” katanya.


BURAS: Chaya bersama jentera Wanita mengagihkan Buras Ramadan di kawasan Jalan Ambar Park.

Sementara itu, katanya, UMNO Kalabakan bercadang untuk menjadikan Buras Ramadan sebagai program tahunan, memandangkan sambutannya yang sangat positif.

“Kita mahu lebih ramai menyertai, bukan hanya sebagai penerima tetapi juga sebagai penyumbang tenaga dan idea. Inilah semangat Ramadan yang sebenar keikhlasan, perpaduan, dan kebersamaan.

“Dengan pendekatan unik ini, program kebajikan Ramadan tidak lagi sekadar memberi, tetapi membina nilai dan hubungan yang lebih mendalam dalam masyarakat.

“Buras, yang dulunya hanya sekadar juadah tradisi, kini menjadi simbol penyatuan dan perpaduan di Kalabakan,” katanya.

Turut hadir mengagihkan Buras Ramadan, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul Alang dan Ketua Wanita UMNO Kalabakan, Chaya Sulaiman.  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.064470 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list