CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

[Perlis] Cubaan seludup 19 guni syabu bernilai RM11.6 juta melalui laut gagal

[Copy link]
Post time 28-3-2025 01:18 AM | Show all posts |Read mode
Cubaan seludup 19 guni syabu bernilai RM11.6 juta melalui laut gagal

Oleh Aizat Sharif - Mac 27, 2025 @ 2:22pm bhnews@bh.com.my





Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim (tengah) ketika sidang media rampasan syabu bernilai RM11,616,000 di Kuala Perlis. - NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR



KANGAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu bernilai lebih RM11.6 juta dari negara jiran menggunakan bot fiber Isnin lalu.

Semua syabu seberat 363 kilogram (kg) dimuatkan dalam 19 guni itu ditemui dalam bot yang ditinggalkan penyeludup selepas dipintas penguat kuasa di kawasan perairan cetek di Sungai Siput, dekat sini.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata terdahulu pihaknya mengesan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran menyusuri kawasan perairan Kuala Perlis dari Thailand dalam keadaan mencurigakan menuju Sungai Baru kira-kira jam 3 pagi.

"Pasukan yang sedang melakukan rondaan kemudian memintas cuba bot terbabit dan mengarahkan pengemudinya yang membabitkan tiga hingga empat lelaki untuk berhenti, namun tidak diendahkan.

"Suspek memecut bot ke kawasan perairan cetek di Sungai Siput sebelum terjun menghilangkan diri di kawasan daratan kawasan itu.

"Pemeriksaan dilakukan ke atas bot ditinggalkan menemukan 18 guni putih dan satu guni berwarna hijau mengandungi bungkusan disyaki dadah jenis syabu disembunyikan dalam ruang penyimpanan bot," katanya ketika sidang media hari ini.

Ismail berkata, bekalan syabu berkenaan dipercayai dibungkus semula sindiket menggunakan plastik pembungkus teh bagi mengaburi pihak berkuasa di negara ini.

"Harga dadah ini mencecah RM32,000 sekilogram dan kita percaya ia cuba dipasarkan ke negara ini menggunakan laluan laut sebelum diambil penyeludup lain menggunakan laluan darat pula.

"Turut dirampas sebuah sampan bersama enjin dianggarkan bernilai RM85,000," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/03/1377661/cubaan-seludup-19-guni-syabu-bernilai-rm116-juta-melalui-laut-gagal





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.044592 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list