CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

[Kedah] Aidilfitri: 2,234 kenderaan keluar dari Langkawi

[Copy link]
Post time 27-3-2025 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Aidilfitri: 2,234 kenderaan keluar dari Langkawi

Oleh Hamzah Osman - Mac 27, 2025 @ 6:12pm bhnews@bh.com.my





Sebahagian 2,234 kenderaan yang keluar dari Langkawi menggunakan perkhidmatan feri kenderaan/penumpang (RoRo) di Dermaga Tanjung Lembung, Langkawi. - Foto NSTP/HAMZAH OSMAN



LANGKAWI: Sebanyak 2,234 kenderaan di bawa keluar dari pulau ini ke tanah besar oleh pemiliknya yang pulang bercuti sempena Aidilfitri menerusi Dermaga Tanjung Lembong (DTL) di sini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Langkawi Port Sdn Bhd (Langkawi Port) yang juga syarikat pengendali DTL, Datuk Haslina Abdul Hamid, berkata jumlah itu meningkat hampir 16 peratus berbanding tahun lalu.

"Sebanyak 2,234 kenderaan keluar ke tanah besar dalam tempoh lima hari mulai semalam iaitu waktu puncak untuk sambut Aidilfitri, berbanding 1,928 dalam tempoh sama pada tahun lalu.

"Kenderaan terbabit dibawa keluar ke Kuala Perlis menerusi tujuh syarikat pengendali kargo dan perkhidmatan feri kenderaan/penumpang (RoRo)," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Pengurus Besar Langkawi Port, Muhd Nasir Abdul Aziz menyantuni pengguna kenderaan pada Program Selamat Pulang Perantau 2025 di DTL, pada jam 11 pagi.

Haslina berkata, jumlah kenderaan dibawa keluar ke tanah besar pada Aidilfitri kali ini adalah tertinggi sejak empat tahun lalu, iaitu 2022 sebanyak 1,626, diikuti 2023 (1,701) dan tahun lalu 1,928.

"Bagaimanapun, jumlah penumpang yang keluar ke tanah besar menerusi DTL menggunakan RoRo pada tempoh sama berkurang kepada 4,850, berbanding 6,273 tahun lalu.

"Namun, sebanyak 2,300 kenderaan dilaporkan akan masuk ke pulau ini menerusi RoRo dari Kuala Perlis bagi tempoh sama, sekali gus menyaksikan berlaku pertambahan pelancong ke sini pada musim perayaan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1377805/aidilfitri-2234-kenderaan-keluar-dari-langkawi





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.067766 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list