CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

[Sarawak] Taman Bumiko diisytihar sebagai kawasan wabak denggi, dua kes positif minggu ini

[Copy link]
Post time 27-3-2025 12:30 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

MIRI: Taman Bumiko di sini telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi selepas dua kes positif dilaporkan minggu ini.

Menurut Jawatankuasa Denggi Miri, kes itu melibatkan dua lelaki masing-masing berusia 19 dan 66 tahun.

"Pasukan dari Kementerian Kesihatan telah ditugaskan untuk menjalankan aktiviti semburan kabus (fogging) di kawasan perumahan tersebut," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, seorang ketua masyarakat iaitu Penghulu Yong Kar Seng memaklumkan bahawa satu gotong-royong akan diadakan pada hari Sabtu ini sebagai tindak balas terhadap pengisytiharan tersebut.

"Penduduk di di kawasan terbabit serta orang ramai secara amnya dinasihatkan untuk menjalankan pembersihan di rumah atau premis perniagaan mereka bagi menghapuskan sebarang kemungkinan tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.034406 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list