CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 175|Reply: 1

[Sarawak] Dua anggota tentera terlibat kes kematian prebet ditahan

[Copy link]
Post time 27-3-2025 10:45 AM | Show all posts |Read mode


MIRI: Polis semalam menahan dua anggota tentera yang disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kematian seorang prebet tentera dari Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20RAMD), Kem Sri Miri pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu ketika dihubungi Utusan Borneo petang tadi mengesahkan tangkapan ke atas kedua-dua suspek terbabit yang berusia 22 dan 24 tahun.

"Susulan pengaduan yang diterima oleh pihak polis berhubung kes ini, kita telah menahan dua anggota tentera sekitar jam 4.30 petang semalam di Kem Sri Miri kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

"Kedua-dua suspek yang merupakan prebet tentera kini sedang direman selama tujuh hari hingga 2 April depan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya.

Menurut Alexson, setakat ini polis telah merekodkan keterangan empat individu berhubung kes itu.

"Kes ini sekarang sedang disiasat lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes terbabit.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2025 10:52 AM | Show all posts
kesian arwah. kat fb ramai kecam arwah kata arwah lembik la ape laa.. wehh kau dah kena ragging pas tu kena dera bagai, disuruh buat latihan lagi kau ghase
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.041977 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list