View: 671|Reply: 3
|
[DRAMA MELAYU]
[VIU] ‘BIDAAH’ - FAIZAL HUSSEIN, RIENA DIANA, HASNUL RAHMAT, FATTAH AMIN, VANIDA IMRAN, MARISSA YASMIN
[Copy link]
|
|
Edited by eddlisa_uyuk at 22-5-2025 02:10 PM
WALAUPUN terpalit dengan kontroversi, drama bersiri Bidaah berjaya mencipta kejayaan luar biasa sejak ia ditayangkan di platform penstriman Viu pada 6 Mac lalu.
Drama terbitan Viu Originals itu meraih populariti luar biasa apabila menduduki carta nombor satu paling popular di platform penstriman tersebut bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia.
Bukan itu sahaja, data daripada Google Trends menunjukkan drama ini juga menjadi antara carian paling popular di negara Asia lain seperti Thailand, Singapura, dan Brunei.
Bidaah berjaya memperoleh 134 juta jumlah tontonan serta 44 juta capaian menerusi media sosial Viu Malaysia.
Tidak terhenti di situ, Bidaah berjaya mengatasi drama bersiri dari Korea Selatan yang popular seperti Undercover High School, The Witch dan Study Group.
Dalam pada itu, maklum balas daripada peminat di Indonesia pula rata-rata netizen mengatakan drama terbitan penerbit Erma Fatima itu sangat relevan dan dekat dengan realiti kehidupan masyarakat di sana.
Drama Bidaah ini mengisahkan seorang wanita Bernama Baiduri lakonan Riena Diana yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud), untuk menyertai Jihad Ummah iaitu sebuah kumpulan agama dipimpin oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein).
Namun, Baiduri segera menyedari terdapat banyak perkara mencurigakan di sebalik ajaran rohani kumpulan itu seperti perkahwinan paksa dan kepatuhan membuta tuli.
Kembalinya Hambali (Fattah Amin) dari Yaman, anak kepada orang kanan Walid, Abi Saifullah (Hasnul Rahmat) membuatkan Baiduri semakin yakin bahawa ajaran Jihad Ummah telah tersasar jauh.
Bersama Hambali, Baiduri bertekad untuk melindungi ibunya dan membongkar kebenaran walaupun nyawanya sendiri terancam.
Bidaah dibintangi pelakon-pelakon handalan seperti Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana, Fazlina Ahmad Daud, Hasnul Rahmat, Vanidah Imran, Fathia Latiff dan Marissa Yasmin.
Hanya berbaki enam episod, Bidaah sedang disiarkan di Viu pada setiap hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Riena diana mcm tak sesuai ambik watak ni. Mata melilau.
Lg satu terendap2 kat tempat terbuka, mcm la org tak nampak
Pejal husin pulak mcm tak de aura nk jadi ketua. Muka kejung, lontaran suara pun tak best. Rasanya hasnul rahmat okay kot kalau jadi walid tu.
Tekya pulak, bila dia bercakap dengan mulut iols sekali terikut mulut dia.  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by eddlisa_uyuk at 22-5-2025 02:11 PM
Bidaah's success on Viu is undeniable, despite the controversies. Its popularity in Malaysia and Indonesia proves its captivating storyline resonated with viewers. The drama's achievement is certainly worth celebrating! I wonder what made it so engaging for so many.
|
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya.....umi - marissa jasmin juga yang hero |
|
|
|
|
|
|
| |
|