View: 107|Reply: 0
|
[Sabah]
PJKAYS rai anak yatim di KK, Tawau sempena Ramadan
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU: Pertubuhan Jaringan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sabah (PJKAYS) baru-baru ini meraikan lebih 50 anak yatim dan asnaf di kawasan Tawau dan Kota Kinabalu sempena majlis berbuka puasa.
Acara berbuka puasa yang pertama melibatkan seramai 18 penghuni Rumah Anak Yatim (RAY) Ar-Raudhoh di bawah pengurusan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Tawau (PRAY) yang dipengerusikan oleh Datuk Amrullah Kamal.
Selain berpeluang berbuka puasa dan solat berjemaah, anak-anak Ar-Raudhoh juga dihadiahkan sepasang baju raya dan duit raya yang disampaikan oleh Timbalan Presiden II PJKAYS, Dr Fairrul Kadir dan Timbalan Setiausaha Agung II PJKAYS, Kol. Herman Bombang.
Fairrul mewakili Presiden PJKAYS Datuk Eddie Abdullah yang tidak dapat hadir pada majlis itu atas faktor kesihatan.
Majlis berbuka puasa kedua dianjurkan bersama 35 anak yatim dan asnaf dari RAY As-Sakinah Kinarut yang diketuai oleh Nasaruddin Mohamad.
Fairrul berkata, pihak PJKAYS berbesar hati kerana berpeluang menyantuni anak-anak As-Sakinah dalam satu majlis yang cukup bermakna sempena bulan Ramadan.
"Semoga majlis ini bukan sekadar menjadi sesi berbuka puasa bersama, tetapi juga sebagai satu pengalaman yang menggembirakan dan memberi kenangan manis kepada anak-anak yang hadir.
"Majlis berbuka puasa seperti ini sudah menjadi acara tahunan PJKAYS semenjak persatuan ini ditubuhkan pada April 2019," katanya.
Pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada rakan kolaborasi dan penajaan majlis itu termasuk syarikat Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (BDNC) di Kota Kinabalu dan Kenny Ngalin dari Ocean Vantage Holdings Berhad serta Herman Bombang untuk majlis di Tawau. - Utusan Borneo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|