CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 1

[Kedah] Suami isteri maut nahas

[Copy link]
Post time 26-3-2025 01:25 AM | Show all posts |Read mode
Suami isteri maut nahas

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 25, 2025 @ 7:06pm bhnews@bh.com.my





Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Felda Teloi Timur, Kampung Merbau Kudung. - Foto ihsan Bomba




SIK: Pasangan suami isteri maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Felda Teloi Timur, Kampung Merbau Kudung, di sini hari ini.

Mangsa, yang dikenali sebagai Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan Intan Suraya Zaidi, 24, dipercayai dalam perjalanan ke bandar Sik dari Teloi Timur apabila kemalangan berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 4.16 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Sik yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Sam Khan a/l Prak Prom Keu tiba di lokasi bersama lapan anggota tidak lama kemudian.

"Bilik kawalan BBP Sik menerima panggilan kemalangan itu membabitkan Perodua Myvi yang dinaiki pasangan suami isteri terbabit dengan sebuah lori.

"Pasangan suami isteri yang berusia 20-an didapati tersepit dalam kenderaan dan tindakan operasi dilakukan menggunakan peralatan 'hydraulic cutter' untuk mengeluarkan mangsa.

"Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan, " katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Jamil berkata, mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/03/1376939/suami-isteri-maut-nahas





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2025 01:29 AM | Show all posts

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang maut selepas terbabit dalam kemalangan dekat Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, Sik. Foto JBPM

kredit - SH


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.066088 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list