CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79|Reply: 0

[Sarawak] Earth Hour bukti komitmen Sarawak tangani perubahan iklim dan lindungi alam sekitar

[Copy link]
Post time 24-3-2025 02:14 PM | Show all posts |Read mode


Tiang menyampaikan ucapan Dr Sim bagi merasmikan Acara Earth Hour peringkat negeri secara strim langsung di Sibu pada malam tadi.

SIBU: Penganjuran tahunan acara Earth Hour 2025 merupakan komitmen Sarawak dalam membuktikan usahanya membendung perubahan iklim dan melindungi alam sekitar.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, acara ini tidak sekadar mematikan lampu, tetapi membawa mesej penting tentang tanggungjawab bersama semua anggota masyarakat untuk menjaga bumi demi generasi akan datang.

"Earth Hour lebih daripada sekadar acara tetapi ia adalah lebih kepada peringatan akan pentingnya kelestarian, pemeliharaan biodiversiti, dan penggunaan tenaga yang bertanggungjawab dalam kehidupan kita seharian.

"Earth Hour adalah sebuah gerakan global yang mengajak kita untuk lebih peka terhadap isu alam sekitar. Perubahan iklim adalah ancaman yang nyata, daripada suhu yang semakin meningkat hingga ancaman terhadap ekosistem kita," katanya semasa berucap merasmikan Acara Earth Hour peringkat negeri pada malam tadi.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang selaku mewakilinya menyempurnakan acara tersebut yang disertai seramai 26 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Sarawak secara strim langsung menerusi laman sosial rasmi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) selaku penganjur acara itu pada tahun ini.

Dr Sim memberitahu acara ini tidak hanya memperkukuhkan komitmen terhadap kelestarian tetapi juga menunjukkan bagaimana teknologi boleh digunakan untuk menyebarkan kesedaran lebih meluas.


Tangkap layar strim langsung Acara Earth Hour peringkat negeri menerusi laman sosial MDLBS melibatkan seramai 26 PBT seluruh Sarawak pada malam tadi.

Justeru, beliau memuji inisiatif ini dan berharap agar lebih banyak PBT di Sarawak termasuk Majlis Daerah Gedong menyertai inisiatif ini pada masa depan untuk terus menggalakkan pembangunan bandar yang mampan dan berpandangan jauh.

"Earth Hour bukan sekadar satu detik untuk mematikan lampu, tetapi lebih daripada itu. Ia adalah simbol perpaduan yang menunjukkan usaha kecil kita bersama boleh membawa perubahan besar," kata Dr Sim yang Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau juga turut mengumumkan bahawa Majlis Daerah Sri Aman akan menganjurkan acara Earth Hour pada tahun 2026 bagi meneruskan usaha membendung perubahan iklim dan melindungi alam sekitar.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa pengelola Acara Earth Hour 2025 Kaunselor Kevin Lau dalam ucapan aluannya memberi penghargaan kepada semua peserta dan penganjur yang telah memastikan kejayaan Program Maya Earth Hour 2025.

"Tahun ini, kita melihat sambutan yang lebih meluas dan kreatif berbanding sebelumnya. Terima kasih kepada semua yang menyokong acara ini," ujarnya.

Lau juga menekankan peranan penting 26 PBT di seluruh Sarawak yang bersatu dalam misi menjaga alam sekitar.

"Diharapkan semua kita membawa semangat Earth Hour melebihi acara ini, menyedari bahawa setiap tindakan, sekecil mana sekalipun, akan memberi impak kepada masa depan yang lebih hijau dan lestari," tambahnya.

Satu daripada pengisian menarik dalam acara Earth Hour tahun ini adalah pertandingan video "Lights Out, Creativity On" yang mengajak para peserta untuk menggunakan kreativiti mereka dalam menceritakan kisah mengenai penjimatan tenaga.

Pertandingan ini mendapat sambutan luar biasa terutama daripada golongan muda yang dilihat semakin cakna terhadap pentingnya tindakan iklim.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.040074 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list