CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 83|Reply: 0

[Sarawak] Nancy Masyarakat jangan jadikan kanak-kanak bahan kandungan media sosial

[Copy link]
Post time 22-3-2025 01:46 PM | Show all posts |Read mode


Nancy mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai pada Majlis Sumbangan Ramadan dan Agihan Bubur Lambuk Parlimen Santubong di Ibu Pejabat Bomba Sarawak, hari ini.-Gambar BERNAMA

KUCHING: Masyarakat secara amnya tidak sepatutnya menjadikan kanak-kanak sebagai bahan kandungan di laman media sosial masing-masing, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
“Perkara ini bukan sahaja untuk cikgu-cikgu, malah untuk ibu bapa dan kita semua yang perlu bertanggungjawab untuk tidak menyiarkan kanak-kanak sebagai bahan kandungan media sosial kerana ia membawa risiko kepada kanak-kanak tersebut, jadi kita tak galakkan.

“Yang penting mesejnya ialah jangan kita kongsi di media sosial dengan menggunakan anak sebagai bahan kandungan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Ramadan dan Agihan Bubur Asyura Parlimen 193 Santubong, di Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang meminta golongan pendidik supaya tidak menjadikan pelajar terutama murid sekolah rendah, sebagai bahan kandungan dalam laman media sosial bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Nancy berkata Malaysia masih dalam pertimbangan mengikut jejak langkah Australia dalam mewujudkan undang-undang yang melarang kanak-kanak dan remaja daripada menggunakan media sosial, seterusnya membendung penyalahgunaan bahan kandungan di media sosial melibatkan golongan itu.

“Kita belum ada undang-undang sedemikian, kerana masih difikirkan sama ada kita perlu atau tidak… sebab itu peringatan untuk larangan kanak-kanak sebagai bahan kandungan media sosial sering kali dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai situasi banjir di beberapa negeri, Nancy berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah bersedia sekiranya terdapat keperluan untuk membeku cuti pegawainya untuk bertugas di pusat pemindahan sementara (PPS) sewaktu Hari Raya Aidilfitiri.

“Untuk banjir sehingga sekolah ditutup di Johor, kita juga bersedia sekiranya Kementerian Pendidikan memerlukan pertambahan bantuan daripada kami, tetapi setakat ini menteri (Fadhlina Sidek) cakap setakat ini semua terkawal,” katanya.

Setakat 4 petang ini, jumlah mangsa banjir di PPS di Johor dan Sarawak dilaporkan meningkat dengan masing-masing kini mempunyai 11,776 orang dan 435 orang, manakala Sabah dilaporkan menurun kepada 344 orang berbanding 1,248 orang pagi tadi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.112709 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list