Edited by Vellfire at 21-3-2025 11:39 PM

Vesel layar ditemui mengalami masalah jentera di perairan Miri. - Gambar APMM
MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bertindak pantas selepas menerima isyarat kecemasan daripada sebuah vesel layar milik dua warga Amerika Syarikat (AS) yang mengalami masalah jentera di perairan Miri, lewat petang Khamis.
Menurut Pengarah Zon Maritim Miri Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad, sebuah kapal peronda segera digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung insiden tersebut.
“Hasil operasi mengesan mangsa, kapal peronda kami berjaya menemukan vesel layar yang berdaftar sebagai FRENCH KISS bersama dua individu warga Amerika Syarikat dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.
Vesel berkenaan kemudiannya diiring ke Jeti Marina Bay, Miri untuk tindakan lanjut.
Dua warga Amerika Syarikat ditemui dalam keadaan selamat di atas vesel layar mereka. - Gambar APMM
Dalam pada itu, Maritim Malaysia menasihatkan orang ramai agar sentiasa membawa alat Personal Locator Beacon (PLB) dan memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Sebarang insiden kecemasan atau maklumat berkaitan keselamatan di laut boleh dilaporkan melalui talian kecemasan 999 atau terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-649111, serta Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544/082-432016 bagi tindakan segera.
Keadaan vesel layar yang ditemui APMM. - Gambar APMM
https://www.utusanborneo.com.my/2025/03/21/vesel-layar-warga-as-alami-kecemasan-di-perairan-miri
|