CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 89|Reply: 0

[Sarawak] Bomba guna bot penyelamat bantu bawa keranda redah banjir di Jalan Rantau Kemiding

[Copy link]
Post time 21-3-2025 09:52 AM | Show all posts |Read mode


Bot penyelamat pasukan bomba digunakan untuk membawa keranda berisi mayat meredah banjir berikutan Jalan Rantau Kemiding dinaiki air, petang tadi.

KANOWIT: Bantuan bot penyelamat pasukan bomba digunakan untuk membawa keranda berisi mayat meredah banjir berikutan Jalan Rantau Kemiding dinaiki air, petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan pada jam 3.32 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit telah digerakkan ke lokasi kejadian.


Bot penyelamat pasukan bomba digunakan untuk membawa keranda berisi mayat meredah banjir berikutan Jalan Rantau Kemiding dinaiki air, petang tadi.

“Setibanya di lokasi kejadian, Komander Operasi yang membuat 'size-up' mendapati Jalan Rantau Kemiding dinaiki air dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan yang digunakan untuk menghantar keranda berisi mayat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, komander operasi mengarahkan anggota bomba bersama ahli keluarga mendiang untuk memindahkan keranda berisi mayat ke dalam bot penyelamat bomba.

“Keranda berisi mayat dibawa melalui Sungai Kanowit ke Rumah Joseph di Rantau Kemiding. Pasukan bomba bertolak balik ke balai setelah keranda selamat dihantar ke rumah panjang,” ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.043444 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list