CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8138|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 486 saman langgar lampu merah di N. Sembilan

[Copy link]
Post time 19-3-2025 03:23 PM | Show all posts |Read mode


MASIH ramai penunggang motosikal yang mementingkan diri melanggar lampu isyarat merah.

SEREMBAN – Sebanyak 486 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari sejak Ops Khas Lampu Isyarat Merah dilaksanakan ecara serentak di seluruh negeri ini bermula 12 Mac lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 682 saman dikeluarkan setakat 16 Mac lalu dan kebanyakan kesalahan adalah melanggar lampu isyarat.

Katanya, operasi selama 11 hari sehingga 22 Mac ini bagi mengesan pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas terutama lampu isyarat merah.

“Operasi ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran dengan mengambil tindakan undang-undang terutama kepada penunggang motosikal termasuk penghantar makanan atau barangan yang melanggar lampu isyarat.

“Selain itu, operasi ini bagi mengurangkan kadar kemalangan di kawasan lampu isyarat di Negeri Sembilan sejak akhir-akhir ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, sepanjang operasi tersebut, sebuah motosikal disita atas kesalahan tiada lesen memandu dan tiada nombor pendaftaran di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Satu tangkapan turut dibuat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 ke atas lelaki berusia 29 tahun berikutan penemuan air ketum di bawah tempat duduk motosikal. – KOSMO! ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.035650 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list