CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7956|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Tukar segera status pajakan tanah kediaman kepada hak milik kekal, tawaran dihentikan tak lama lagi'

[Copy link]
Post time 13-3-2025 08:10 AM | Show all posts |Read mode

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. Gambar fail

SEREMBAN: Kerajaan negeri menggesa penduduk negeri ini yang belum membuat permohonan pertukaran status tanah kediaman daripada pajakan kepada hak milik kekal supaya segera berbuat demikian.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata ketika ini permohonan diterima daripada pemilik kediaman agak perlahan.

"Walaupun setakat ini tiada tempoh akhir ditetapkan bagi mengemukakan permohonan, tetapi kita khuatir suatu hari nanti tawaran atau program ini dihentikan.

"Tawaran ini bukan untuk selama-lamanya sedangkan kini sudah memasuki penggal kedua dan mungkin jika memasuki penggal ketiga kelak ia ditamatkan.

"Jadi, saya minta masyarakat atau pemilik kediaman tidak menunggu, sebaliknya membuat permohonan segera di Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) di daerah masing-masing," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO. di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Kerajaan Negeri Sembilan membuat keputusan membuka permohonan menukar status tanah daripada pajakan kepada hak milik kekal bagi taman perumahan yang layak di seluruh negeri ini.

Pelaksanaan inisiatif ini sebahagian daripada manifesto Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan untuk memperluaskan lagi inisiatif penukaran hak milik tanah kediaman daripada pajakan kepada hak milik kekal kepada lebih banyak kawasan di seluruh negeri itu.

Aminuddin yang juga Pengerusi PH negeri berkata, hanya pemilik asal saja layak mengemukakan permohonan berkenaan.
Beliau berkata, Negeri Sembilan menjadi satu-satunya negeri yang melaksanakan program ini.

"Program ini memang baik tetapi jika tidak disambut oleh pemilik kediaman, ia tidak memberi impak yang baik kepada keseluruhannya," katanya.

sumber :  berita harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.055114 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list