CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2082|Reply: 0

[Johor] Takungan air pinggiran sungai RM1.6 bilion akan dibina di Johor

[Copy link]
Post time 11-3-2025 11:21 AM | Show all posts |Read mode


Onn Hafiz dan delegasi Kerajaan Johor bertemu Fadillah di Putrajaya, bagi membincangkan isu bekalan air dan projek tebatan banjir. FOTO ihsan MEDKOM

Johor Bahru: Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) bernilai lebih RM1.6 bilion akan dibina di negeri ini bagi memastikan bekalan air yang stabil dan terjamin untuk rakyat, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata, projek itu juga penting bagi memastikan sektor industri terutama Zon Ekonomi Khas Johor Singapura (JS SEZ) yang sedang berkembang pesat di negeri itu mendapat kapasiti bekalan air yang diperlukan selain memastikan kelestarian bekalan air negeri kekal terjamin.

Katanya, pembinaan projek itu antara inisiatif jangka masa pendek, sederhana dan panjang bekalan air Johor yang dibincangkan bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Datuk Seri Fadillah Yusof, di Putrajaya, kelmarin.

"Kerajaan Johor komited melaksanakan projek TAPS bagi memastikan bekalan air yang stabil untuk rakyat dan sektor industri yang berkembang pesat di negeri ini.

"Projek ini akan dibangunkan di tiga lokasi utama iaitu Sungai Johor, Sungai Pontian Besar dan Sungai Sedili Besar.

"Projek ini bukan sahaja akan meningkatkan kapasiti bekalan air untuk kegunaan rakyat malah menyokong pertumbuhan JS-SEZ," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan kebimbangan mengenai bekalan air di Johor yang semakin meningkat berikutan pertumbuhan pesat pusat data di negeri berkenaan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada bulan lalu dilaporkan berkata, pusat data di Johor memerlukan bekalan air sebanyak 440 juta liter sehari menjelang 2035, iaitu kira-kira 23 peratus daripada permintaan air negara pada 2023.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.071452 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list