CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3744|Reply: 0

Prabowo rancang 15 projek mega, teruskan dasar hiliran Jokowi

[Copy link]
Post time 16-2-2025 08:26 AM | Show all posts |Read mode

Presiden Indonesia Prabowo Subianto, yang juga Pengerusi Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), meraikan ulang tahun ke-17 parti itu bersama penyokong di Bogor, Jawa Barat, pada 15 Februari 2025. FOTO AFP

Bogor: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa pentadbirannya akan meneruskan dasar hiliran yang dirintis oleh Presiden Ketujuh, Joko Widodo (Jokowi), dengan melaksanakan 15 projek bernilai tinggi tahun ini.

"Kita akan terus menggerakkan aktiviti hiliran. Tahun ini, kita akan memulakan usaha ini dengan sekurang-kurangnya 15 projek mega bernilai berbilion dolar. Perlu diingat, kita tidak akan bergantung kepada pelaburan asing," katanya di Bogor, Jawa Barat, pada Sabtu, lapor ANTARA.

Berucap pada sambutan ulang tahun ke-17 Parti Gerindra yang dipimpinnya, Prabowo menegaskan bahawa Indonesia perlu meneruskan usaha hiliran sumber semula jadi bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.

Beliau turut menekankan bahawa Kabinet Merah Putih yang diterajuinya bersikap terbuka kepada pelabur yang ingin menyertai pelaksanaan dasar hiliran, namun kerajaan tidak akan merayu untuk mendapatkan modal pelaburan mereka.

"Kita terbuka kepada pelabur asing yang ingin melabur di Indonesia. Namun, kita tidak akan merayu. Kita akan bangkit dengan kekuatan sendiri," katanya.

Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya yang dikenali sebagai Asta Cita.

Beliau turut menyatakan bahawa langkah hiliran ini akan merangkumi sektor maritim bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, dengan matlamat membina ekonomi yang adil dan saksama untuk semua rakyat.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa dasar hiliran sejajar dengan visi Presiden Pertama Indonesia, Soekarno atau Bung Karno, yang memperjuangkan kemandirian dan kebergantungan kepada sumber sendiri.
"Kita ingin merealisasikan impian Presiden Soekarno, memastikan negara ini mampu berdikari," katanya.

Selain aktiviti hiliran, Prabowo turut mengulangi komitmennya untuk melaksanakan keutamaan lain tahun ini, termasuk program Makanan Berkhasiat Percuma, mampu diri dalam bidang makanan, dan keselamatan tenaga.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.034272 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list