CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 475|Reply: 0

Lelaki pertama di Sweden dihukum sertai kumpulan pengganas

[Copy link]
Post time 15-2-2025 08:47 PM | Show all posts |Read mode


Stockholm: Mahkamah Sweden menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang lelaki kerana menyertai kumpulan Islamic State (IS), sabitan pertama negara itu sejak undang-undang baharu diperkenal melarang penyertaan dalam kumpulan pengganas.

Hukuman diputuskan semalam, selepas mendapati lelaki berusia 22 tahun itu bersalah atas tuduhan 'menyertai organisasi pengganas', selain membiayai aktiviti keganasan dan tiga kali melakukan perjalanan ke luar negara untuk tujuan keganasan.

Mahkamah memaklumkan, semua kesalahan berkaitan kumpulan IS dan tiga perjalanan luar negara dilakukan ke Somalia.

Tertuduh dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun tiga bulan, menjadikannya individu pertama yang disabitkan di bawah undang-undang baharu mengenai penyertaan dalam kumpulan pengganas, yang diluluskan Parlimen Sweden pada 2023.

Sweden mengetatkan undang-undang antikeganasan sejak 2017, selepas insiden serangan trak di Stockholm yang meragut lima nyawa, dilakukan pelarian Uzbek yang bersumpah setia kepada IS.

Bagaimanapun, bagi meluluskan undang-undang baharu itu, Sweden terlebih dahulu terpaksa meminda perlembagaannya kerana ia bertentangan dengan kebebasan berpersatuan yang termaktub dalam undang-undangnya.

Keputusan untuk menggubal undang-undang baharu itu juga dibuat ketika Sweden berdepan tekanan dari Turkiye yang menangguhkan permohonannya untuk menyertai NATO, dengan syarat memperketatkan tindakan terhadap kumpulan ekstremis.

Selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, Sweden mengakhiri dua abad dasar ketenteraan berkecuali dan mengemukakan permohonan untuk menyertai NATO pada Mei 2022.

Sweden secara rasmi menjadi ahli NATO pada Mac 2024 selepas memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk tindakan keras terhadap kumpulan pengganas.

Kes ini menjadi penanda aras penting dalam usaha Sweden membanteras keganasan dan memberi amaran keras kepada rakyatnya supaya tidak membabitkan diri dalam aktiviti pengganas di luar negara.

Pihak berkuasa Sweden turut memberi amaran bahawa siasatan ke atas jaringan pengganas lain sedang giat dijalankan dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang terlibat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.151327 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list