CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 471|Reply: 0

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat

[Copy link]
Post time 15-2-2025 08:18 PM | Show all posts |Read mode

Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng. Gambar hiasan

NARATHIWAT - Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng pada Jumaat malam.

Ketua Polis Weng Kol Pol Heraman Chedee berkata kejadian berlaku pada 7.15 malam waktu tempatan, apabila bom yang dipercayai dipasang pada sebuah motosikal diletakkan kira-kira 700 meter dari Balai Polis Weng meletup.

"Hasil pemeriksaan rakaman CCTV (kamera litar tertutup), suspek dilihat membawa motosikal yang diubah suai dengan bom buatan sendiri sebelum meletakkannya di hadapan pos kawalan keselamatan sukarelawan.
"Suspek kemudian melarikan diri bersama seorang rakan dengan motosikal lain lima minit sebelum bom meletup," kata Heraman ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Heraman berkata letupan itu menyebabkan 22 orang awam dan tiga anggota sukarelawan cedera, selain merosakkan beberapa motosikal yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian.

"Polis sedang giat menjejaki individu atau kumpulan yang terlibat dalam serangan ini," katanya.- Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.047033 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list