CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 487|Reply: 0

Taiwan gantung operasi jet latihan Brave Eagle

[Copy link]
Post time 15-2-2025 08:10 PM | Show all posts |Read mode

Pemeriksaan juga akan dilakukan ke atas kesemua jet latihan Brave Eagle tersebut. Foto Agensi

TAIPEI – Angkatan Tentera Udara Taiwan telah menggantung operasi kesemua jet latihan selepas sebuah pesawat berdepan kegagalan kedua-dua enjin, namun juruterbang sempat melompat keluar dengan selamat ketika insiden pada Sabtu.

Jet buatan tempatan, Brave Eagle itu terlibat nahas itu selepas ia berlepas dari pangkalan tentera udara Chih Hang di daerah selatan Taitung pada jam 8.40 pagi (waktu tempatan).

Juruterbang itu dikenali sebagai Mejar Lin dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas dibawa ke hospital.

"Sebuah pasukan khas akan melakukan siasatan lanjut untuk mengetahui punca kejadian dan memastikan keselamatan latihan. Pemeriksaan juga akan dilakukan ke atas kesemua jet latihan Brave Eagle tersebut," ujar tentera laut dalam satu kenyataan.

Brave Eagle dihasilkan Aerospace Industrial Development Corp di Taipei dan menjalani latihan penerbangan pertama pada 2020.

Pada September lalu, Taiwan menggantung sementara operasi jet pejuang Mirage 2000 untuk pemeriksaan keselamatan selepas salah sebuah daripada pesawat itu terjunam ke dalam laut.

Angkatan tentera Taiwan kini berdepan tekanan daripada China selepas ia meningkatkan kempen pencerobohan ke sekitar negara pulau itu di bawah taktik zon kelabu. - Agensi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.050684 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list