CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Smart lane' akan diperbanyak, lorong kecemasan bukan hak eksklusif penunggang motosikal

[Copy link]
Post time 15-2-2025 04:57 PM | Show all posts |Read mode

Kegunaan lorong kecemasan cuba dimaksimumkan melalui pengenalan laluan lorong pintar atau smart lane pada waktu tertentu bagi mengatasi isu kesesakan. Gambar kecil: Sazali

KUALA PILAH - Lorong kecemasan di lebuh raya bukanlah hak eksklusif untuk penunggang motosikal, sebaliknya ia merupakan kemudahan bersama yang turut digunakan oleh kenderaan yang berhenti akibat kerosakan.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Sazali Harun berkata, kegunaan lorong kecemasan itu cuba dimaksimumkan melalui pengenalan laluan lorong pintar atau smart lane pada waktu tertentu bagi mengatasi isu kesesakan sementara terutama pada hujung minggu, cuti serta musim perayaan.

Menurutnya, walaupun pada peringkat awal, sistem smart lane menimbulkan kebimbangan terutamanya berkaitan laluan ambulans semasa kecemasan, namun ia semakin diterima oleh pengguna jalan raya.

“Ada kebimbangan tentang bagaimana ambulans dapat sampai ke lokasi kecemasan jika jalan sesak. Namun, selepas berbincang, kami melihat bahawa ambulans dilengkapi dengan siren dan pengguna jalan raya akan memberi ruang apabila ambulans datang. Kaedah yang sama juga boleh diaplikasikan di lebuh raya,” katanya.

Sazali (empat dari kanan) dan Ismail (empat dari kiri) bersama rakan strategik yang menyumbang pada pelancaran tabung dana Bilik Pengurusan Jenazah Kampung Terusan Seberang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mini Karnival Program Satu Pemimpin Satu Kampung di Kampung Terusan Seberang pada Sabtu.

Program itu turut dihadiri oleh Exco Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim.

Sazali berkata, melalui beberapa projek perintis di lokasi terpilih, sistem smart lane semakin ditambah baik dengan sokongan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ujarnya, setiap pelaksanaan dan perancangan dilakukan secara teliti dengan mengambil kira aspek keselamatan dan keperluan.

Menurut beliau, kemudahan smart lane akan diperbanyak dan pada masa sama aspek keselamatan penunggang motosikal turut menjadi keutamaan.

"Saban hari saya menerima mesej kemalangan maut disebabkan motosikal melanggar kenderaan statik.

"Pada ketika itu ramai beranggapan lorong kecemasan ini lorong eksklusif penunggang motosikal tetapi ia turut digunakan untuk kegunaan kenderaan berhenti apabila alami kerosakan," katanya.

Justeru katanya, kesedaran mengenai perkara ini perlu dipergiat supaya penunggang motosikal lebih berhati-hati ketika berada di lebuh raya.

"Sekarang alhamdulillah penunggang motosikal semakin ada kesedaran bahawa lorong kecemasan untuk dikongsikan bersama.

"Kalau dulu jika ada kereta lalu lorong kecemasan, penunggang motosikal akan tendang dan sebagainya tapi sekarang, ia semakin diterima," katanya.

Sazali turut menjelaskan bahawa smart lane hanya boleh digunakan untuk kenderaan ringan di lorong kecemasan yang mempunyai keluasan tiga meter, serta di lokasi-lokasi tertentu seperti lorong mendaki.

Dalam pada itu, menerusi Program Satu Pemimpin Satu Kampung yang dikendalikan oleh Sazali, beberapa peruntukan telah disediakan untuk keperluan infrastruktur dan pendidikan sepanjang tahun 2024.

Antara sumbangan termasuk pembelian van jenazah, pemasangan lampu solar sepanjang satu kilometer, serta sumbangan komputer dan pendingin hawa bersama rakan strategik LLM.

Tabung dana untuk pembinaan Bilik Pengurusan Jenazah Kampung Terusan Seberang turut dilancarkan dalam program tersebut, yang berjaya mengumpul hampir RM25,000 daripada rakan strategik LLM.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-4-2025 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.102418 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list