CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 0

Kedai makan popular ada pantang larang

[Copy link]
Post time 15-2-2025 12:05 PM | Show all posts |Read mode


JAKARTA – Sebuah kedai bakso yang beroperasi sejak tahun 1972 dan dianggap paling popular di Jakarta Barat, mempunyai pantang larang yang pelik, lapor portal berita Detikcom hari ini.

Kedai Bakso Mas Kumis Djarum itu melarang pengunjung mengelap meja dengan menggunakan tisu.

Baru-baru ini,  seorang pengguna di platform X berkonsi rakaman video tentang pengalamannya makan di kedai Bakso Mas Kumis. Katanya, dia keliru karana kedai itu menetapkan banyak  peraturan atau larangan.

“Menerusi rakaman ini juga kita belajar betapa ganjilnya kelakuan pembeli,” demikian menurut  keterangan klip video tersebut.

Pada setiap meja, terdapat kotak tisu dengan tulisan besar: “Tisu bukan untuk lap meja.”

Selain itu, pada dinding kedai  pula tertera tulisan: ‘Mohon maaf, dilarang membungkus sambal yang ada untuk dibawa pulang’.


Kedai itu menjual hidangan bakso pada harga sekitar 40,000 rupiah (RM10.95)  semangkuk yang dianggap mahal oleh masyarakat tempatan. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.053514 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list