CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6251|Reply: 0

Greenland adakan pilihan raya umum 11 Mac

[Copy link]
Post time 5-2-2025 03:58 PM | Show all posts |Read mode

PEMANDANGAN Nuuk di Greenland. FOTO Reuters

Nuuk (Greenland): Greenland, yang kini menjadi tumpuan susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa Washington mungkin berhasrat mengambil alih wilayah itu, dijadual mengadakan pilihan raya umum pada 11 Mac, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Parlimen pada Selasa meluluskan usul Perdana Menteri Múte B Egede untuk mempercepatkan tarikh pilihan raya iaitu pada 11 Mac, lebih awal berbanding jadual asal iaitu pada 6 April.

Dalam satu hantaran di Facebook, Egede menegaskan kepentingan situasi semasa, dengan menyatakan bahawa negara itu berada dalam "satu tempoh yang serius, sesuatu yang tidak pernah kita alami sebelum ini."

Berdasarkan undang-undang pilihan raya Greenland, sekurang-kurangnya enam minggu diperlukan antara pengumuman dan hari pengundian, namun Egede berpendapat keadaan semasa memerlukan pilihan raya lebih awal.

Dalam perkembangan lain, Parlimen turut meluluskan rang undang-undang melarang derma asing dan tanpa nama kepada parti politik, bertujuan melindungi proses pilihan raya serta menghalang campur tangan luar.

Trump berulang kali menyuarakan hasrat untuk AS memiliki Greenland dan tidak menolak penggunaan tekanan ekonomi serta ketenteraan bagi mencapai matlamat itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.079988 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list