CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5716|Reply: 0

11 maut serangan tembakan di sekolah orang dewasa Sweden

[Copy link]
Post time 5-2-2025 03:43 PM | Show all posts |Read mode


OREBRO: Sekurang-kurang 11 maut dalam serangan tembakan di sebuah pusat pendidikan dewasa di bandar Orebro, semalam, kata polis Sweden.

Menurut polis, pelaku terbabit dipercayai antara yang terbunuh dan proses pencarian mangsa lain diteruskan di sekolah berkenaan. Motif kejadian itu masih dalam siasatan.

Kejadian berlaku di Sekolah Risbergska, iaitu pusat pendidikan untuk orang dewasa yang tidak menamatkan pendidikan formal atau gagal memperoleh gred bagi meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Ia terletak dalam sebuah kampus yang turut menempatkan sekolah untuk kanak-kanak di Orebro, kira-kira 200 kilometer barat Stockholm.

"Kami tahu sekitar 10 orang telah terbunuh di sini, hari ini (semalam). Kami tidak dapat memberi angka lebih tepat buat masa ini kerana skala insiden itu begitu besar," kata Ketua Polis Orebro, Roberto Eid Forest, pada satu sidang media.

Bagaimanapun pada sebelah malam, laman sesawang polis memaklumkan setakat ini, terdapat 11 kematian akibat insiden berkenaan, manakala bilangan mereka yang mengalami kecederaan belum dapat dikenal pasti.

"Buat masa ini, kami tiada maklumat mengenai keadaan mangsa yang cedera," katanya.

Setakat ini, Forest berkata, polis percaya suspek bertindak sendirian, selain tidak mengesyaki aktiviti pengganas sebagai motifnya, meskipun beliau memberi amaran bahawa masih banyak yang tidak diketahui berhubung insiden berkenaan.

Beliau berkata, suspek juga tidak dikenali oleh polis sebelum ini.

"Lokasi jenayah terbabit adalah besar, dan kami perlu menyelesaikan pencarian di sekolah itu. Ada beberapa langkah penyiasatan yang kami sedang ambil, termasuk pemprofilan suspek dan menemu bual saksi," katanya.

Sementara itu Perdana Menteri, Ulf Kristersson, menyifatkan kejadian berkenaan sebagai serangan tembakan besar-besaran yang paling buruk dalam sejarah Sweden, manakala Raja Carl XVI Gustav turut menzahirkan ucapan takziah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.052148 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list