CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7738|Reply: 0

Ratusan laman sesawang AS tidak boleh diakses

[Copy link]
Post time 4-2-2025 10:53 AM | Show all posts |Read mode

Laman web kerajaan AS tidak tersedia di tengah-tengah usaha kontroversi pentadbiran Trump untuk mengecilkan kerajaan. - Foto AFP

WASHINGTON: Ratusan laman sesawang kerajaan Amerika Syarikat (AS) tidak dapat diakses semalam, termasuk laman agensi kemanusiaan USAID yang ditutup oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Daripada hampir 1,400 laman web yang disenaraikan oleh Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur (CISA), lebih 350 didapati tidak tersedia sejak petang semalam.

Antara laman yang terjejas termasuk yang berkaitan dengan jabatan pertahanan, perdagangan, tenaga, pengangkutan dan buruh, serta Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Mahkamah Agung, menurut semakan itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan waktu sebenar laman berkenaan tidak boleh dibuka atau sama ada ia hanya tergendala buat sementara waktu atau diturunkan atas arahan pentadbiran Trump.

Namun, perkembangan itu berlaku di tengah-tengah usaha kontroversi pentadbiran Trump untuk mengecilkan kerajaan AS secara drastik.

Ketua Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk, menerajui langkah pemotongan kos persekutuan Trump menerusi Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE).

Semalam, Musk mengumumkan bahawa USAID akan ditutup dan menyifatkan agensi yang menjalankan program bantuan di kira-kira 120 negara itu sebagai "organisasi jenayah."

Laman web USAID tidak dapat diakses selepas kakitangannya menerima arahan melalui e-mel supaya tidak hadir ke pejabat pada hari berkenaan.

Beberapa laman web kerajaan AS, termasuk agensi kesihatan awam utama, turut memadam rujukan kepada LGBTQ susulan arahan Trump minggu lalu supaya semua program yang dibiayai pembayar cukai yang mempromosikan "ideologi jantina" dihentikan, lapor media AS.

Trump sebelum ini sudah mengeluarkan perintah eksekutif untuk melarang dasar kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman dalam kerajaan.

Maklumat penting serta set data berkaitan HIV dan golongan muda LGBTQ juga dilaporkan hilang daripada laman web Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), sekali gus membimbangkan pakar kesihatan.

Semalam, laman utama CDC bagi kedua-dua topik itu memaparkan mesej: "Halaman yang anda cari tidak ditemui.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.067384 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list