CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6837|Reply: 0

Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza

[Copy link]
Post time 4-2-2025 10:41 AM | Show all posts |Read mode

Qatar melancarkan jambatan udara dari Pangkalan Udara Raja Abdullah II di Jordan ke kawasan Al-Qarara di selatan Gaza Khan Younis untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan, 3 Februari 2025. - Foto Kementerian Luar Qatar

DOHA: Qatar pada Isnin melancarkan jambatan udara dari Pangkalan Udara Raja Abdullah II di Jordan ke kawasan Al-Qarara di selatan Gaza Khan Younis untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada penduduk Gaza, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Qatar.

"Sejak bermulanya gencatan senjata (Gaza), Qatar telah menghantar 65 trak bantuan merentasi sempadan Jordan. Hari ini, sebagai lanjutan jambatan darat ini, kami menyaksikan pelancaran dua penerbangan helikopter yang sarat dengan bekalan perubatan penting kepada Khan Younis," kenyataan itu memetik Menteri Negara Qatar bagi Kerjasama Antarabangsa Maryam binti Ali bin Nasser Al Misnad sebagai berkata.

Qatar Charity dan Pertubuhan Amal Hashemite Jordan juga menandatangani perjanjian untuk memudahkan aliran bantuan kemanusiaan Qatar melalui laluan darat melalui Jordan, tambah kenyataan itu.

"Qatar telah menyediakan 20,000 khemah, diangkut melalui jambatan darat dari Qatar ke Jordan. Kami bekerjasama dengan Pertubuhan Amal Hashemite Jordan untuk menghantarnya kepada saudara kami di Gaza," kata menteri Qatar itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.046210 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list