CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6699|Reply: 0

Turkiye dedah sudah bunuh 23 militan Kurdish di utara Syria

[Copy link]
Post time 3-2-2025 03:42 PM | Show all posts |Read mode

Seorang lelaki duduk di belakang sepasukan anggota polis ketika perarakan solidariti dengan masyarakat Kurdish di timur laut Syria di Diyarbakir, Turkiye hujung bulan lalu. Turkiye menyatakan mereka sudah membunuh 23 militan Kurdish di utara Syria dalam siri serangan terbaharu terhadap golongan itu sejak Donald Trump memegang jawatan Presiden AS bulan lalu. - Foto REUTERS

ISTANBUL: Turkiye menyatakan mereka sudah membunuh 23 militan Kurdish di utara Syria dalam siri serangan terbaharu terhadap golongan itu sejak Donald Trump memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) bulan lalu.

Kementerian Pertahanan berkata militan terbabit terdiri daripada kumpulan Kurdish Syria Unit Perlindungan Rakyat (YPG) dan Parti Pekerja Kurdistan yang diharamkan atau PKK.

Turkiye menganggap PKK dan YPG adalah entiti sama, sementara AS melihatnya sebagai kumpulan yang berbeza.

PKK diisytiharkan sebagai pengganas tetapi YPG direkrut sebagai sekutu utama AS di Syria dalam kempen menentang negara Islam.

Turkiye sudah lama mendesak Washington untuk menarik sokongan kepada YPG, dengan harapan Trump akan mengubah dasar pentadbiran bekas Presiden Joe Biden.

Pasukan Turkiye dan sekutunya di Syria berulang kali bertempur dengan militan Kurdish di negara bergolak sejak kejatuhan Bashar Al-Assad pada Disember.
Türkiye berkata Pasukan Demokratik Syria, atau SDF – sebuah kumpulan payung yang disokong AS yang termasuk YPG Kurdish – mesti menyerahkan senjata atau berdepan dengan campur tangan ketenteraan.

Di bawah pentadbiran Biden, AS mempunyai 2,000 tentera di Syria yang bertempur bersama SDF dan YPG. - REUTERS


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.045418 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list