CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8455|Reply: 0

Ular sawa sembunyi dalam tandas kondominium

[Copy link]
Post time 27-1-2025 09:09 PM | Show all posts |Read mode


BANGKOK – Penduduk sebuah kondominium di Pattaya cemas apabila seekor ular sawa sepanjang 6 meter bersembunyi di dalam dinding tandas berhampiran kolam renang, lapor laman berita Thaiger.

Dalam kejadian pada 23 Januari lalu, seorang tukang cuci melihat bahagian ekor reptilia itu terjuntai di siling tandas berhampiran kawasan kolam renang.


Beberapa percubaan penduduk untuk menangkapnya gagal sebelum ular tersebut menjalar ke bahagian lebih sukar dicapai keesokan harinya iaitu di dalam dinding tandas.

Penduduk kemudian menghubungi pasukan penyelamat untuk membantu menangkap ular tersebut.

Anggota bomba mengambil masa lebih 30 minit untuk memecahkan dinding tandas bagi menangkap reptilia itu.

Selepas ditangkap, ular sawa betina berukuran 6 meter panjang dan seberat 60 kilogram itu dilepaskan semula ke habitat asalnya. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.044387 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list