Cape Town: Lelaki Jepun berusia 34 tahun pada semalam selamat tiba di Cape Town selepas berjaya menamatkan perjalanan lebih 6,000 kilometer (km) dari Kenya ke Afrika Selatan, dengan berjalan kaki sambil menarik beca.
Yuji 'Gump' Suzuki beremosi sambil mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya atas sokongan mereka semasa misi terbaharunya yang bermula di ibu negara Kenya, Nairobi pada Julai lalu, yang membawanya melalui Tanzania, Zambia, Botswana dan Namibia.
"Saya tidak dapat melakukannya tanpa kamu semua.
"Saya berlari untuk keseronokan. Saya sudah mengembara selama sembilan tahun dan saya mendapat kuasa daripada kamu semua jadi saya memberi kamu kuasa juga. Itulah hidup saya," katanya.
Berat becanya melebihi 100 kilogram.
Suzuki memakai versi stokin tabi tradisional Jepun semasa dalam perjalanannya, yang dia siarkan di media sosial.
Sebelum ini, Suzuki menarik beca dari China ke India (2016 hingga 2017), melakukan perjalanan sama sejauh 2,500 km di Eropah pada 2017, dan 5,100 km merentasi Amerika Syarikat (2022 hingga 2023), menurut laman webnya.
Disiarkan pada: Januari 27, 2025sumber
|