CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2757|Reply: 0

Pasangan pengantin jadikan salad sebagai 'door gift'

[Copy link]
Post time 25-1-2025 04:04 PM | Show all posts |Read mode

Pasangan pengantin ini memilih untuk menjadikan salad sebagai 'door gift' buat tetamu undangan yang hadir.

SUMATERA - Pasangan pengantin yang melangsungkan perkahwinan baru-baru ini di Lampung, di sini tular kerana menjadikan salad sebagai cenderahati atau door gift untuk diberikan kepada tetamu.

Pengacara majlis tersebut, Maya Siregar berkata, kelainan yang dibawa oleh pengantin dan keluarganya dalam pemilihan hadiah itu bukan sahaja unik malah bermanfaat buat jemputan yang hadir.

“Pada mulanya, saya agak terkejut melihat banyak bungkusan salad yang sudah dibalut kemas dan ternyata ia adalah goodies untuk semua tetamu.

“Ini kali pertama saya melihat pengantin memilih sayuran dan disebabkan itu saya merakamkan video. Mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga kelak,” katanya seperti dilaporkan Detiknews pada Sabtu.

Sebelum ini, tular rakaman video di Instagram menunjukkan majlis pernikahan sepasang pengantin yang menjadikan salad sebagai goodies buat tetamu undangan.

Keunikan dan kelainan yang dibawa itu ternyata mendapat perhatian pengguna media sosial kerana ia memberi manfaat.

Tambah Maya, tetamu yang hadir cukup teruja menerima salad segar dan memuji idea bernas daripada pasangan pengantin itu.

“Semua tetamu memang seronok dan teruja malah ada yang mengatakan boleh terus memasak di rumah selepas pulang dari majlis,” ujarnya.

25/1/25  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.062626 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list