CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14451|Reply: 0

Kerajaan Myanmar, MNDAA Kokang capai perjanjian gencatan senjata

[Copy link]
Post time 21-1-2025 08:05 AM | Show all posts |Read mode

Gambar fail - FOTO AFP

BEIJING: Kerajaan Myanmar dan Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA) Kokang mencapai perjanjian gencatan senjata rasmi yang berkuat kuasa, kelmarin, lapor Xinhua.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning, berkata bawah perantaraan negara ini, Kerajaan Myanmar dan MNDAA telah mengadakan rundingan damai pusingan ketujuh di Kunming, Wilayah Yunnan, pada pertengahan bulan ini.



Katanya, kedua-dua pihak sekali gus berterima kasih atas usaha China menjayakan hasil rundingan itu.

Katanya, langkah meredakan ketegangan di utara Myanmar itu dibuat demi kepentingan bersama pelbagai pihak di Myanmar dan negara serantau.

Selain itu, beliau berkata, ia juga akan menyumbang kepada keselamatan, kestabilan dan pembangunan di kawasan sempadan China-Myanmar.

"China dan Myanmar adalah jiran yang mesra. China dengan tegas menentang sebarang konflik atau pergolakan di Myanmar," katanya pada sidang media, hari ini.

Mao Ning berkata, semua pihak terbabit diharap akan mengekalkan momentum gencatan senjata dan rundingan damai, bersungguh-sungguh melaksanakan konsensus yang dicapai, proaktif meredakan ketegangan serta menyelesaikan isu berkaitan melalui dialog dan rundingan lanjut.

Katanya, China akan tegas menyokong usaha Myanmar mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan, perpaduan negara serta integriti wilayah, di samping memastikan keamanan, kestabilan dan pembangunan ekonomi.

Selain itu, beliau berkata, China juga menyokong teguh usaha Myanmar untuk mencapai perdamaian politik serta memajukan agenda politik domestiknya dalam rangka kerja perlembagaan.

"China akan terus aktif mempromosikan rundingan damai dan memberi sokongan serta bantuan untuk proses damai di utara Myanmar," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.049378 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list