CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6646|Reply: 0

Vietnam muncul kuasa durian global dengan nilai eksport mencecah AS$3.3b

[Copy link]
Post time 13-1-2025 04:05 PM | Show all posts |Read mode

Vietnam mengekalkan pengeluaran durian berkualiti tinggi sepanjang tahun untuk memenuhi permintaan pasaran premium. - Foto AGENSI

HANOI: Vietnam muncul sebagai gergasi baharu dalam pasaran durian global, dengan nilai eksport mencecah AS$3.3 bilion (RM14.87 bilion) pada 2024.

Menurut laporan CNBC, eksport durian negara itu mengalami peningkatan 7.8 kali ganda berbanding 2022, sekali gus menyumbang hampir 50 peratus daripada jumlah nilai penghantaran buah dan sayurnya.

Kejayaan itu sebahagian besarnya disebabkan oleh permintaan kukuh dari China, di mana durian dianggap sebagai buah mewah dan bahan masakan yang kreatif.

Pada November 2024, import durian China berjumlah 1.53 juta tan bernilai AS$6.83 bilion (RM30.79 bilion), menandakan peningkatan 9.4 peratus dari tahun ke tahun.

Vietnam menguasai 47 peratus daripada pasaran yang menguntungkan ini, mengekori kedudukan utama Thailand.



Durian menjadi fenomena di kalangan kelas pertengahan China, dengan pelbagai produk inovatif seperti roti dan bufet bertemakan durian.

Vietnam memanfaatkan peluang ini dengan mengekalkan pengeluaran berkualiti tinggi sepanjang tahun untuk memenuhi permintaan pasaran premium.

Sementara itu, Indonesia dilaporkan sedang bergelut untuk bersaing, dengan eksport duriannya hanya mencecah AS$1.07 juta (RM4.82 juta) pada 2023, jauh di bawah prestasi Vietnam, menurut Statistik Indonesia.

CNBC mengaitkan pencapaian Vietnam dengan strategi komprehensifnya, merangkumi peningkatan kualiti, inovasi teknologi dan pengembangan pasaran antarabangsa.

Negara itu menggunakan kawasan penanaman durian seluas 150,000 hektar, khususnya Delta Mekong dan kawasan tanah tinggi, untuk mengekalkan pengeluaran berkualiti tinggi sepanjang tahun.

Perjanjian perdagangan strategik dengan China, yang ditubuhkan melalui protokol eksport pada 2022, mengukuhkan lagi kedudukan Vietnam.

Sehubungan itu, Vietnam komited memastikan piawaian keselamatan makanan yang ketat, kebolehkesanan produk dan pelaksanaan teknologi pembekuan moden.

Kisah kejayaan durian Vietnam menunjukkan bagaimana perancangan strategik boleh mengubah produk pertanian tempatan menjadi komoditi global yang bernilai tinggi. - AGENSI

Januari 13, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.048419 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list