CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16888|Reply: 0

Majalah diterbit orang austisme mula dijual

[Copy link]
Post time 8-1-2025 10:14 PM | Show all posts |Read mode

Majalah Le Papotin mempunyai 40 pasukan editorial alami pelbagai gangguan spektrum austisme. - Foto AGENSI



PARIS : Sebuah majalah Perancis yang diterbitkan oleh wartawan yang mengalami autistik mula dijual di gerai surat khabar buat pertama kali hari ini, sekali gus menaikkan lagi profilnya yang selama ini sudah pun mendapat tumpuan di televisyen.

Majalah itu dikenali sebagai Le Papotin mempunyai pasukan editorial yang terdiri daripada kira-kira 40 wartawan dengan gangguan spektrum autisme, menghasilkan majalah tahunan yang memaparkan wawancara selebriti berprofil tinggi dan kandungan budaya.

Biasanya edisi cetak dijual melalui laman webnya, namun dihadkan untuk edaran kepada sekitar 3,000 naskah.

Namun, mulai hari ini edarannya di kedai buku dan gerai surat khabar meningkat kepada 10,000 naskah, lebih tiga kali ganda daripada terbitan biasa, menurut pemilik majalah itu, Prisma Media.

Prisma Media adalah penerbit majalah terbesar di Perancis berkata, mereka bekerjasama dengan rakan kongsinya itu untuk memastikan Le Papotin diedarkan dengan harga 10 euro (RM46.30).

Muka depan edisi 2025 menampilkan pemuzik Perancis, Philippe Katerine yang namanya melonjak ketika upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris pada Julai tahun lalu, selepas dia kelihatan dicat biru dan hampir bogel dalam adegan kontroversi yang disamakan dengan 'last supper' Jesus.


Idea di sebalik Le Papotin, yang ditubuhkan pada 1990 di hospital pinggir bandar Paris, mula disesuaikan untuk rancangan televisyen popular, menyaksikan wartawan majalah itu menemu bual tokoh masyarakat terkemuka, dengan hasil yang menyentuh hati dan mengagumkan.

Antara individu yang pernah ditemubual sebelum ini termasuk Presiden Emmanuel Macron; pemain ragbi sensasi, Antoine Dupont dan angkasawan, Thomas Pesquet.

Macron pada 2023 berdepan beberapa soalan dan kenyataan berterus terang, termasuk soalan bahawa dia harus menunjukkan teladan dan tidak berkahwin dengan gurunya, merujuk perkahwinannya hampir 20 tahun dengan Brigitte Macron, yang ditemui ketika menjadi muridnya.

Selepas temubual itu, Macron meningkatkan sokongan kepada kanak-kanak autistik sebagai keutamaan dasar pentadbirannya.

Laporan oleh pakar dalam Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2023 menyaksikan berlaku kemajuan mengenai jaminan hak kanak-kanak austime sepanjang enam tahun lalu.

Namun, laporan itu menyatakan kebimbangan kanak-kanak kurang upaya, khususnya yang mengalami gangguan spektrum autisme mendapatkan perlindungan.

Januari 8, 2025  sumber








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.052952 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list