CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14803|Reply: 0

Lelaki pegang ekor tangkap harimau bintang

[Copy link]
Post time 8-1-2025 09:12 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar menunjukkan Anand memegang ekor harimau bintang sebelum ia diikat dengan tali pada pokok. - NDTV


NEW DELHI – Seorang lelaki di India mengundang perhatian ramai selepas menangkap seekor harimau bintang liar dengan cara memegang ekornya, lapor stesen penyiaran NDTV hari ini.

Kejadian berlaku di daerah Tumakuru dalam negeri Karnataka.

Rakaman tular mengenainya di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan dan pegawai hutan cuba menangkap harimau bintang itu.

Lelaki dikenali sebagai Anand menghampiri haiwan tersebut dari belakang sebelum menangkap ekornya menggunakan tangan kosong.

Situasi menjadi tegang apabila Anand terpaksa memegang ekor haiwan itu sehingga ia dimasukkan ke dalam jaring dan diikat pada pokok menggunakan tali.

“Harimau bintang itu berkeliaran di kawasan kampung selama beberapa hari, sekali gus mencetuskan ketakutan dalam kalangan penduduk.


“Pelbagai usaha telah dilaksanakan, namun ia masih gagal ditangkap.

“Haiwan itu dilepaskan semula ke dalam hutan semalam,” kata seorang pegawai. – AGENSI

Januari 8, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.040399 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list