View: 2288|Reply: 3
|
kenapa bini / gf ko menipu dan berbohong!!
[Copy link]
|
|
Alasan berbohong

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.
1. Balas dendam
Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.
2. Urutan kasih
Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.
3. Kekerasan
Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.
4. Hambar
Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.
Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.
5. Seks
Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.

BIASANYA wanita akan mencari jalan penyelesaiannya
sendiri apabila berhadapan dengan masalah cinta. - Gambar hiasan
6. Cadangan
Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.
Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.
7. Jejaka bermasalah
Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.
8. Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.
Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?
9. Bosan
Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.
Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.
10. Hubungan tidak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.
kdg2 tarak sbb pun... pompuan mmg bohong ajer dlm perhubungan nih.... kiter ckp pasai pompuan wokey... jgn lak ada sengal2 kat sini sebok reply elehhhhhhh lelaki pung sama... yg tu kat bebenang laen ekkkk
kat bod ni pung... ada 3-4-5 and more... pompuan yg dok bohong ke ulu.. bohong ke hiliq.. gak.... cakap uuuuuuuuuuuu aku bahagia... aku hepi... blablablablabla... tapi bebenornya.... sengsara, sedey... lonely... laki ada gf lain... mcm2 ler... tapi kena ler bohong...... lagi satu bohong kat laki... laki tanya... kiah oh kiah... ari ni kiah buat aper kat rumah..... ooooo kiah sebok bang... kemas rumah, wax tingkap, cuci jamban.... tapi rumah sepah mcm pigsty... sbb forem sebenarnyer.... tu contoh ajer ler.... yg tu sebab aper kiah bohong... sebab KIAH BOSAN... laki dia asyik tanya soklan tu hari2 dah 8 taon kawen..  |
|
|
|
|
|
|
|
pesal gambar ats tu seksi sgt...
apa motif letak gambo tu?
apa kaitan dgn bini/gf bohong? |
|
|
|
|
|
|
|
translator bodoh ... editor bodoh ... mana kau ambik artikel nih?
drp segi linguistik ... artikel nih sah2 translation yg dicedok drp artikel western .. aku rase perkataan asalnye ialah 'cheating' ditranslate jadik 'berbohong' ... kurang tepat dan menjadikan artikel nih mengelirukan ... maksud 'cheating' dalam konteks artikel lebih tepat diterjemahkan sebagai 'curang' atau 'berskandal' ...
drp segi content ... artikel ini jelas ditulis berlandaskan latarbelakang gaya kehidupan masyarakat barat. Alasan2 yg diberikan seolah-olah menyokong dan menawarkan justifikasi kepada 'cheating women'. Jurus pandangan seperti ini tidak dapat diterima oleh masyarakat Asia yg masih berpegang pada adat, nilai sosiol dan agama.
Angle dan spin yang sepatutnya perlu menjurus kepada mendidik kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada isi-isi yang diberikan. Tajuk yang ada sekarang seolah-olah membela 'cheating women' kononnye dorang buat begitu ade sebabnye ... piiirraaaahhhhhhh ... benda yg salah tetap salah ... yang haram itu jelas dan yang halal juga jelas ...
editor bodoh ... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 kudajantan77\ catat
|
|
|
|
|
|
| |
|