CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3924|Reply: 7

SONY ERICSSON G700 (Telefon Pintar)

[Copy link]
Post time 2-11-2008 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Telefon pintar G700


Kehadiran layar sesentuh pada skrin paparan itu sangat memudahkan pengendalian aplikasi dan pengurusan tugasan.

KEHADIRAN telefon Sony Ericson G700 jelas menyerlahkan lagi pengalaman dunia mobiliti pengguna masa kini.

Secara jujur, pada peringkat awal menerima model tersebut untuk diguna uji, reka bentuknya tampak ringkas' dan tiada kelainan yang ditonjolkan dari segi rekaannya

Namun, setelah meneliti aplikasi dan sistemnya buat seketika, didapati G700 merupakan sebuah telefon multimedia yang pintar dan bersifat mudah pengguna.

Dimulakan dengan reka bentuknya, telefon yang berbentuk seperti 'candy bar' itu diselaputi dengan binaan plastik warna keemasan, iaitu bahagian hadapan dan belakang mempunyai warna yang sama membuatkan ia tampak teguh seolah-olah dibina berasakan material logam.

Dalam pada itu, lapisan bahagian tengah model tersebut diwarnakan dengan warna hitam bagi menampilkan perbezaan agar tidak tampak kelam.

Tetapi lebih jelas, pengendalian yang cekap sememangnya benar seperti dijanjikan dengan memperlihatkan penerapan teknologi sesentuh pada skrin paparan dan pada masa yang sama model tersebut juga hadir dengan pad kekunci konvensional bagi memudahkan pengendalian pengguna.

Kehadiran layar sesentuh pada skrin paparan itu sangat memudahkan pengendalian aplikasi dan pengurusan tugasan yang pelbagai dapat dilakukan pada suatu masa.

Lebih menarik, pengguna mampu menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) hanya dengan menulis menggunakan pen 'stylus' pada skrin paparan.
Ini kerana model tersebut dilengkapi dengan kemudahan fungsi teknologi pengecaman tulisan tangan (Handwriting recognition).

Di samping itu, kesemua ikon yang tertera pada skrin boleh dikendalikan secara terus dan ini merupakan pintasan terbaik bagi memacu aplikasi yang disediakan menggunakan teknologi sesentuh.

Kehadiran teknologi pintar ini sama seperti ciri yang diterapkan oleh pembuatan telefon pembantu digital peribadi (PDA).

Bagi sudut prestasi pula, model G700 ini menyokong jaringan telekomunikasi generasi ketiga (3G) sekali gus berkemampuan melebarkan lagi aktiviti sambungan dilakukan selain dilengkapi dengan kemudahan WiFi.

Ini adalah bagi memastikan pengguna sentiasa mendapat akses kepada rangkaian Internet dan menggunakan kemudahan panggilan video.
Pada masa sama, Internet dapat dilayari dengan pantas bergantung kepada capaian kawasan dan rangkaian liputan.

Diperhatikan juga, G700 turut menampilkan antara muka terbaru yang begitu terperinci dalam mengurus tugasan, kalendar, nota dan dokumen.
Bagi pengguna yang masih tidak biasa menggunakan teknologi sesentuh ini, antara muka terbaru yang didapati sangat mudah pengguna itu hanya memerlukan masa yang singkat untuk difahami penggunaanya.

Kemudahan


Dari segi kemudahan audio pula, model ini menyokong fail audio dalam format MP3, AAC dan MPEG4.

Bagaimanapun, ruang simpanan memori terbina dalam hanya berkapasiti 168 megabait (MB), namun model ini menyediakan slot kemudahan kad memori Mikro (M2) bagi tujuan menambahkan ruang simpanan yang lebih luas.

Ruang simpanan tersebut berupaya menyimpan rakaman foto, video, lagu-lagu dan pelbagai fail dan aplikasi luaran secara optimum.

Berteraskan kamera 3.2 mega piksel, meskipun hasil rakamannya tidak sehebat siri telefon Sony Ericsson CyberShot, tetapi ia sudah memadai bagi menghasilkan gambar yang jelas lagi berkualiti.

Ditambah dengan skrin paparan 2.4 inci pengalaman tontonan video boleh dikatakan tidak menghampakan.

Secara keseluruhan, G700 merupakan model telefon yang mudah untuk dikendalikan oleh sesiapa sahaja dan boleh dikatakan mempamerkan ciri -ciri sebuah telefon pintar.




ada stylus nampak macho   tapi siyesly.. aku fobia  dgn stylus nih... sbb mmg aku kalu guna stylus mmg lembab ler jawabnya  kalu nak sms atau taip aper aper ler.. kat pda tuh...   tapi  cissssssss cantik  SE G700 nih...mmg  lawo...

[ Last edited by  medangmru at 9-11-2008 07:43 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2008 03:35 PM | Show all posts
pintar kt mana tu agaknya...miahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 05:17 PM | Show all posts
member opis aku ada guna hp ni...pada permerhatian aku, wktu aku gode dan lihat dia gunakan..ada kesengalan sket..maksud aku lembap la.. lagging masa nak run satu2 apps dan bila nak buka satu2 folder...



P/S utk musang...
weiii...avatar ko tu mcm sesuatu yg aku tahu la...kuang kuang kuang

[ Last edited by  tok_hoi at 2-11-2008 05:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 08:58 PM | Show all posts
Pandai je wartawan tu buat retorik   
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 02:08 PM | Show all posts

Reply #4 Bateesta's post

Miahahhahahaha...........................

wartawan ni sebenarnya terbahagi pada 2...

Wartawan pertama .....baru nak berjinak2 dgn HP....dpt tawaran drpd Company suh buat review pasal HP ni...mereka terus terima....dan bukan sekadar terima camtu jerk....mereka mesti tulis berdasarkan kepada panduan drpd Company yg offer HP tu....kene bgtahu kebaikan HP tu sajer ...dan kene tulis HP PINTAR dansewaktu dgnnya....

Wartwan kedua...merupakan wartawan khusus bhgn menulis review pasal HP...kira2 Otai la....mereka ni akan tulis dgn jujur berkenaan prestasi sesuatu HP ..kalau x elok..mereka akan katakan tak elok....boileh dikategori sbg expert dalam menilai sesuatu JP...

So....petikan yg amazed tepek kat sini tu merupakan wartawan jenis pertama....wartawan yg kurang ilmu pengetahuan pasal HP....jenis ni lebey kurang sama dgn penjual HP...tp taknak dalami ilmu HP....main tahu jual jerk.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 07:52 PM | Show all posts

Reply #6 archilless's post

hehehehehehe................\HP pintar yg kurang pintar kekdahnya arc..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2009 01:26 PM | Show all posts
sape pakai henponni skrg..
aku pakai henpon ni..tp banyak masalah jugak
selalu touch skrin dia weng..mengong tol

lagi satu..sape2 bleh explain kat aku tak..camne nak blok nombor seseorang?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 06:11 PM | Show all posts
proven..
Not smart enough...

-eot-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.044199 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list