CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2688|Reply: 11

SE CYBER SHOT K850i

[Copy link]
Post time 4-9-2008 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Untuk pencinta foto





TELEFON bimbit Cyber-shot K850i ini direka bagi pengguna telefon berkamera yang benar=benar serius mengenai hasil rakaman foto mereka. Mempunyai resolusi lima megapiksel, K850i membolehkan anda mengambil gambar momen-momen indah dengan menggunakan spektrum imej berasaskan fungsi yang biasanya hanya didapati pada kamera digital.

Sebagai telefon bimbit berkamera, ia tentunya menyajikan anda satu kemudahan mudah alih, sementelah ia mampu merakamkan momen spontan dengan mudah. Bagi pengguna permulaan, masalah-masalah biasa seperti tertekan shutter pada masa yang salah dan pergerakan yang kabur mungkin dapat dielakkan jika menggunakan telefon ini.

BestPic Technology membantu anda mendapatkan foto terbaik dalam satu momen dengan memberikan anda sembilan pilihan. Sementara itu, penstabilan imej bina dalam dan fokus auto memastikan gambar yang diambil lebih jelas. Jikapun anda seorang jurugambar mapan, K850i masih lagi relevan untuk anda. Menerusi antara muka mudah digunakan, anda boleh menyelaraskan kawalan-kawalan kreatif yang lain seperti sensitiviti cahaya, keseimbangan cahaya putih dan kawalan flash.
Dengan kemudahan
Photo fix, perincian pada foto yang anda rakamkan dapat dikembalikan semula dan PhotoDJ membolehkan anda melakukan suntingan dalam telefon bimbit untuk ekspresi lebih hebat.

Skrin 2.2 incinya kalis calar dan paparan Crystal Bright akan membolehkan anda berkongsi foto-foto anda pada sudut tontonan yang lebih baik. Tambahan pula, jika anda cenderung untuk gambar anda dikongsi secara mod landskap, anda hanya perlu memutarkan telefon bimbit anda daripada orientasi potret kepada landskap.

Bersama-sama dengan fungsi Xenon flash, anda berupaya merakamkan gambar yang lebih sempurna.

Pada K850i juga terdapat kekunci sentuhan lembut. Kekunci-kekunci ini merupakan kawasan sensitif sentuhan pada bawah skrin telefon. Ia memudahkan anda melakukan navigasi dan menggunakan telefon. Kekunci lembut ini membolehkan anda mengakses dengan lebih cepat kepada fungsi kamera apabila telefon sedang berada dalam mod kamera.

K850i dilengkapi dengan sokongan memori luar Memory Stick Micro dan SanDisk micro SD/Transflash. Ia terdapat dalam dua varian jaluran sisi iaitu hijau luminous atau biru velvet.

[ Last edited by  medangmru at 9-9-2008 08:11 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2008 09:46 PM | Show all posts
harga di pasaran?5.0 megapixel tu,leh lawan LG ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2008 09:47 PM | Show all posts


wah..besh btol

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 08:45 AM | Show all posts

Reply #2 gelugugu's post

Lorrrrrrrrrrrrr......K850i ni dah agal lama kat pasaran....since 2007 lagi.....

Rega masa bebaru kuar dulu..>AP set RM2250....skang ni...hehehhehe...dah junam dalam RM980-1100....lebih dr R1K price drop....rega Ori set masih atas RM 1450..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2008 06:04 AM | Show all posts

Reply #4 medangmru's post

padamkan je ler niat sesape yg nak hangkut ini HP....

gue udah keciwa sama ini phone...
pakai x smpi 3 bln... sudah kong....
BROD kekdahnye... :@
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 08:50 AM | Show all posts
semalam aku tengok...n tanya cina tu...harga RM900.00. warna biru tu...katanye ori...

lokasi : HYPERMARKET KULAI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2008 10:08 AM | Show all posts

Reply #4 medangmru's post

hoh.................

lama betul dah kisah 850i ni: http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D2
ramai yg kuciwa............


Amik N82 jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 08:11 PM | Show all posts

Reply #8 100yenshop's post

aku yg ada ura2 nak beli trus pendamkan hajat......Pesal series K terdahulu jarang terdengar masalah ni berbanding K850i ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2008 08:28 AM | Show all posts

Reply #8 100yenshop's post

hait..... ! yen san....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 01:34 PM | Show all posts
mana satu aku nak ni...yang ni ke atau C902..? bagi le pndpt skit..medang..oo..medang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 07:45 PM | Show all posts

Reply #11 sok_suci's post

C902....ermmmmmmmmmm.....

Ada sesaper yg sedang pakai HP ni??
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 05:15 PM | Show all posts
ader2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.050670 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list