CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2594|Reply: 16

nafsu worang tua!!! kawen jgn tak kawen!!

[Copy link]
Post time 31-8-2008 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Nafsu orang tua

Oleh FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN

KUALA LUMPUR: Ramai cenderung menganggap mereka miang, buang tabiat dan tak sedar diri apabila lelaki warga emas yang kematian isteri ingin kembali bercinta atau menyuarakan hasrat untuk berkahwin.

Hakikatnya, tanggapan negatif itu menimbulkan tekanan kepada golongan terbabit sehingga ada yang gagal mengawal nafsu lalu terjebak dalam jenayah seksual, termasuk sumbang mahram.

Pakar Perubatan Sakit Tuan, Dr Mohd Ismail Tambi, berkata masyarakat perlu segera mengubah persepsi itu bagi mewujudkan persekitaran hidup lebih selesa kepada golongan warga emas, sekali gus mengurangkan kes jenayah seksual membabitkan mereka.

Menurutnya, persepsi masyarakat hari ini bahawa golongan tua yang hidup bersendirian hanya sesuai duduk di masjid melakukan amal ibadat untuk menunggu mati patut diubah kerana hakikatnya nafsu mereka juga perlu dipenuhi.

"Apabila orang muda berkahwin, kita tidak kata apa-apa, tetapi bila ada lelaki berusia 60 tahun kahwin, kita nampak perkara ini janggal dan pandang serong. Ini persepsi salah. Hakikatnya usia saja berubah tetapi keinginan dan nafsu seseorang tetap ada, sama seperti usia mudanya.

揗alah, jika seseorang lelaki itu pada zaman mudanya kuat seks, bila dah berusia dia juga begitu. Jadi, mengapa kita hendak larang mereka. Selagi seseorang itu ada kemampuan, dia boleh lakukan, tetapi sesetengah orang mungkin tidak suka,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2008 07:28 PM | Show all posts
eww sapa yg taksub sangat ngan old ppl balls neh...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 08:18 PM | Show all posts
sebenarnya nafsu lelaki bukan kuat sangat bila dah berumur 60 keatas tu..nafsu tu ada tapi kerasnya tak sama cam org muda....

tapi semua tu bukan satu masalah nak kahwin lagi...sebab selain dapat menjamah tubuh muda...dapat juga menjaga makan pakai( kalau isteri meninggal laaa)dan juga menghilangkan kesepian...

ada juga yang kahwin sekali lagi ni sebab sebab lain...isteri dah menopause dah sebagainya...

apa pun kalau nak kahwin lagi bincang laa ngan isteri...jgn terus nak kahwin ajer...mahu ngamuk isteri oooo..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 08:54 PM | Show all posts
patut pun pil kuda laku

patutnya udah tua, buat lah perangai tua.. kalau nak kawen lagi pun, cari ler yang lebih2 kurang.. boleh jaga makan pakai segala..

udah tua, seks drive pun tak ler hebat mcm orang muda.. kalau nak paksa ngan pil2 segala pun, sampei bila lah nak tahan.. time neh dah ada segala penyakit bagai..

bila dah paksa, satu round dah mengelupur penat.. ntah bila nak buat ibadah lain..

di bueknya bini muda yang nafsu masih membuak2.. tak ker patah tulang belikat

apa2 lah asalkan bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 07:29 AM | Show all posts
Originally posted by NURMIMIE at 31-8-2008 08:54 PM
patut pun pil kuda laku

patutnya udah tua, buat lah perangai tua.. kalau nak kawen lagi pun, cari ler yang lebih2 kurang.. boleh jaga makan pakai segala..

udah tua, seks drive pun tak  ...



Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 08:07 AM | Show all posts

Reply #4 NURMIMIE's post

yg kesian bini mudala kot...kureng kepuasan gitu!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2008 01:51 PM | Show all posts
kerjasama kan penting.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 04:16 PM | Show all posts
Bukan lelaki tua ntak leh kawin...boleh...tp  seeloknya jgn la dgn popuan 20 ke 30-an...(nampak sgt kawin krn napsu) Cr yg dekat2 nak menopause...Tak akan beranak (lg pun dah ada anak dan cucu) Bukan apa aku tengok atok tua kat kpg aku kawin dgn pompuan muda...dpt anak berderet2...Bila dia mati...mcmana dgn masa depan anak2 yg masih kecil....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2008 05:01 PM | Show all posts
lelaki umur berapa yg dikatakan telah tua? laki ada menopouse ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 09:08 PM | Show all posts
korang ni smua underestimate org tua
tunggu la sok2 korang dah tua
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 09:37 PM | Show all posts
Originally posted by nazo at 1-9-2008 04:01 AM
lelaki umur berapa yg dikatakan telah tua? laki ada menopouse ke?


sebab my dad around 50 an,
so lelaki me kelaskan tua dr umur 50 tahun ke atas
uh bayangkan suami baya baya ayah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 09:38 PM | Show all posts
Originally posted by jfq at 1-9-2008 08:08 AM
korang ni smua underestimate org tua
tunggu la sok2 korang dah tua

uh dah tua, jangan jadi tua kutuk
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2008 03:58 AM | Show all posts
Originally posted by nazo at 1-9-2008 05:01 PM
lelaki umur berapa yg dikatakan telah tua? laki ada menopouse ke?



lelaki takde menopause.... tp diorang kena andropause....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by NURMIMIE at 31-8-2008 08:54 PM
patut pun pil kuda laku

patutnya udah tua, buat lah perangai tua.. kalau nak kawen lagi pun, cari ler yang lebih2 kurang.. boleh jaga makan pakai segala..

udah tua, seks drive pun tak  ...

hepppppp ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 08:21 AM | Show all posts

Reply #13 stargazers's post

inchee .. itu avatar kasi tukar la satu bulan ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 08:27 AM | Show all posts
Sangka buruk je memasing.. sabor jer ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2008 12:42 PM | Show all posts
40-an kira muda lagik la ni? andropause tu boleh mengakibatkan macam impotens semua etc tu eh? tak tahan lama,,, kurang selera makan...eh? kalau sperma dihasilkan sepanjang hayat lelaki, lelaki masih boleh ada anak walaupun dah andropause??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.092899 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list