CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45|Reply: 0

[Sabah] Dua polis dipenjara, didenda kerana rasuah

[Copy link]
Post time 22-5-2025 08:17 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Dua anggota polis masing-masing dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah meminta dan menerima rasuah.


Koperal Baharrudin Tuge, 47, dan Lans Koperal Mohd Izzam Gorudin Abdullah, 40, disabitkan kesalahan oleh hakim Jason Juga.


Baharrudin, yang berdepan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM800, dijatuhi hukuman penjara setahun dan didenda RM10,000 atau enam bulan penjara bagi setiap pertuduhan.


Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak, bermakna Baharrudin hanya akan menjalani hukuman penjara selama setahun dan perlu membayar denda keseluruhan sebanyak RM20,000.


Mohd Izzam pula, dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM12,500, atau enam bulan penjara kerana meminta rasuah.


Bagi kes Baharrudin, dia didapati menerima suapan RM500 daripada Shafiqqurazi sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana memiliki syabu.


Kesalahan itu dilakukan pada 7 Ogos 2017 jam 4.30 petang di dalam sebuah kereta yang diletakkan di Jalan Inobong Putaton Bunsadon, Penampang.


Bagi pertuduhan kedua, Baharrudin menerima RM300 yang dimasukkan ke dalam akaunnya oleh individu sama, juga bagi tujuan mengelak tindakan, pada jam 10.41 pagi, 8 Ogos 2017, di cawangan Maybank di Penampang.


Baharrudin didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.


Manakala, bagi kes Mohd Izzam, dia didapati bersalah meminta RM2,500 daripada Shafiqqurazi atas sebab yang sama, pada 7 Ogos 2017 jam 2.30 petang di dalam sebuah kereta yang diletakkan di Jalan Inobong Putaton Bunsadon.


Mohd Izzam didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.


Kesemua kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Pegawai pendakwa SPRM, Dzulkarnain Rousan Hasbi, mengendalikan pendakwaan.


Seramai 17 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, manakala pihak pembelaan mengemukakan lima saksi termasuk kedua-dua tertuduh.


Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Tinggi, tetapi memerintahkan kedua-dua tertuduh membayar denda masing-masing selewat-lewatnya hari ini. - SABAH MEDIA




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.140588 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list