CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 50|Reply: 0

[Sarawak] Tiga individu selisih maut, 4WD terbabas lalu terbalik dalam parit

[Copy link]
Post time 20-5-2025 06:14 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan 4WD tersebut setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lapangan Terbang, Kuching malam Isnin. - Gambar IPD Kuching

KUCHING: Tiga individu terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di dalam parit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lapangan Terbang di sini, malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu dipercayai hilang kawalan dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku sekitar jam 9.45 malam.

“Pemandu bersama dua penumpang lain terperangkap di dalam kenderaan tersebut dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenderaan itu mengalami kerosakan teruk, namun kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan meminta mana-mana saksi kejadian agar tampil memberikan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Saundri Govinda Rajoo menerusi talian 011-27549620.

Alexson turut mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa memandu dengan cermat dan mematuhi undang-undang bagi mengelakkan kemalangan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 1.420408 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list