CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10|Reply: 0

[Sabah] Sokongan pelbagai pihak jayakan pembedahan mata percuma

[Copy link]
Post time 19-5-2025 07:55 AM | Show all posts |Read mode


LAHAD DATU: Program Pembedahan Katarak Percuma anjuran Hospital Lahad Datu sempena Karnival Kementerian Kesihatan Malaysia (K4M) 2025 berjaya dilaksanakan hasil sumbangan dan sokongan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta.

Seramai 80 pesakit telah menjalani pembedahan mata secara percuma dalam program dua hari itu yang berlangsung pada 16 dan 17 Mei baru-baru ini, dengan kerjasama Hospital Duchess of Kent Sandakan dan Hospital Tawau.

Pengarah Hospital Lahad Datu, Dr. Andi Md. Shamsureezal Mohd. Sainal berkata sumbangan besar diterima daripada Latter Day Saints (LDS) iaitu 80 kanta intraokular serta dua unit mesin pemeriksaan mata jenis slit lamp bernilai RM110,000.

Katanya, College of Ophthalmology Academy of Medicine Malaysia (COAMM) pula menyalurkan sumbangan berupa set pembedahan dan keperluan logistik bernilai RM7,000.

“Selain itu, Dewan Perniagaan Tiong Hua menyumbangkan sebuah mesin pensterilan peralatan pembedahan (autoclave) bernilai RM18,000.

“Syarikat ALCON dan Johnson & Johnson turut memainkan peranan penting apabila membekalkan mesin phacoemulsification serta peralatan pembedahan yang digunakan sepanjang program.

“Kita juga mendapat sumbangan dari segi sokongan logistik dan bantuan operasi daripada Rotary Club Sandakan,” katanya ketika ditemui dalam program berkenaan.

Menurutnya, kejayaan program itu mencerminkan semangat kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam menyediakan akses kesihatan kepada golongan memerlukan.

“Program ini bukan sahaja membantu pesakit, malah memperlihatkan kesepaduan pelbagai pihak dalam memastikan masyarakat mendapat rawatan yang sewajarnya.

“Kita berharap program dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memberi sinar harapan kepada lebih ramai pesakit yang memerlukan,” katanya.

Terdahulu, enam pakar oftalmologi terlibat dalam pelaksanaan program ini, termasuk seorang pakar dari Hospital Lahad Datu, empat dari Hospital Duchess of Kent Sandakan dan seorang pakar dari Synergy Specialist Eye Centre, Kota Kinabalu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.043751 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list